Adakah kamu nampak apa yang saya nampak? Kemain cantiknya angka tertera yang kembali kepada jumlah permulaan RM0.00. Setelah befikir masak-masak samada nak tunggu setahun atau nak cashout... akhirnya saya tertekan (bajet tak sengaja) butang cashout dalam akaun Nuffnang tuuu.
Ada dua buffered yang masih berjalan dalam blog ini. Harap-harapnya bakal bertambah lagi. Jumlah yang diperolehi tidaklah selebat dan sekencang Cikgu Dahlia. Memang berbaloi DJ dapat RM1000++ dalam tempoh 6 bulan. Dia memang bekerja keras untuk blognya. Kalau tak caya tengoklah Alexa ranking dia. Pastu... pelawat dia pula kencang. Setakat sehari tak update pun DJ boleh duduk goyang kaki kerana dia bijak bermain dengan SEO.
Tengah tunggu tempoh sebulan untuk cek Nuffnang sampai. Samalah dengan blogger Amir Izzat. Harap-harapnya duit tu tak luak tanpa dikenalpasti penggunaannya kemana. Nak beli kamera... nak beli kamera... nak beli kamera... masuk dalam bank dulu... huhuhu...