Israel laknatullah. Bangsa yang paling bijak di dunia dan paling bodoh pun mereka juga. Mereka mengkaji Al-Quran. Mereka mengakui kebenarannya. Mereka tahu apa yang telah ditetapkan oleh qada' dan qadar. Mereka juga mengambil kesempatan atas apa yang ditetapkan untuk menghancurkan dan mengubah ketentuan Allah. Mereka cuba mencabar hukum Allah.
Al-Quran telah menceritakan segalanya. Israel tiada tempat dibumi ini. Israel maklum tentang itu. Israel juga maklum bahawa Islam akan mengalami zaman kejatuhan terlebih dahulu sebelum muncul sebagai agama yang teragung pada akhir zaman nanti. Mereka juga tahu yang umat Islam akan tertindas dan dianiya seperti apa yang dialami sekarang. Mereka tidak hanya berdiam diri membiarkan perkara ini menjadi sejarah seperti yang tertulis... lalu mereka mengambil kesempatan yang ada.
(gambar: google)
Dengan apa yang telah ditetapkan dalam Al-Quran, Israel cuba untuk melenyapkan penduduk Islam dari bumi ini. Mereka akan melakukan apa saja asalkan catatan suratan dapat diubah. Segala mereka kuasai baik segi politik, ekonomi dan sosial. Setakat ini mereka memang berjaya. Dengan kejayaan yang tak setakat mana... mereka merasa bongkak dan yakin cita-cita utama mereka akan tercapai. Apa yang tercatat dalam Al-Quran takkan berlaku. Mereka perlu sekat umat Islam supaya segala-galanya berubah.
Umat Islam turut mengetahui kenyataannya. Adakah kita hanya perlu berpeluk tubuh dengan yakin dengan apa yang Allah tetapkan dan menunggu hingga tiba saat itu terjadi? Umat Islam agak terlewat... bila dah nazak pun masih termangu-mangu. Memang doa itu senjata yang utama tapi bila dikenang adakah kita berdoa dengan cara yang afdal supaya doa kita segera dimakbulkan? Adakah mesyuarat/ perhimpunan itu lebih afdal dari solat subuh/ solat hajat secara berjemaah?
Boikot produk Israel! Tak kisah ianya sekadar hangat-hangat tahi ayam ataupun tidak melibatkan semua produk. Sekurang-kurangnya kita masih meninggalkan kesan di situ daripada tidak berbuat apa-apa. Kadangkala kita terlupa untuk berdoa untuk saudara kita sepanjang masa. Itu perlu kita akui. Takde ruginya jika kita memboikot produk mereka. Sekurang-kurangnya kita cuba membantu selagi mampu.
Saya tertarik dengan penulisan dalam blog KaiZeN SHiNoBi. Baca dengan minda yang terbuka supaya dapat mencari yang tersirat dalam yang tersurat. Kalau disuruh pilih antara dua... menghantar pemuda-pemuda Islam Malaysia berjuang ke Palestin atau membawa rakyat Palestin ke bumi kita... yang mana dipilih dan memberi lebih kebaikan? Kita bukan meninggalkan medan peperangan. Selain kekuatan fizikal... jangan lupa kekuatan mental.
sama-samalah kita berusaha apa cara yang ada untuk menunjukkan kasih sayang kita sebagai saudara seislam
(sumber gambar: SINI)