Saya diserang penyakit gatal. Bukan gatal yang dalam istilah lagi satu tu. Ini memang penyakit gatal pada kulit. Saya cuba mencari info berkaitan masalah ini. Maklumlah... saya tak pernah mengalami masalah kegatalan semasa hamil anak-anak terdahulu. Rata-rata memberikan jawapan tidak perlu risau jika masalah gatal ini berlaku. Ia adalah satu perkara biasa yang disebabkan perubahan hormon.
Gatal di sini tidak hanya melibatkan bahagian perut yang mengembang lalu menimbulkan rekahan dan garisan hitam yang bagi pandangan sesetengah ibu amatlah hodoh rupanya. Gatal di sini membabitkan seluruh bahagian tubuh. Mengikut maklumat yang diperolehi... kewujudan penyakit gatal ini tidak mengira masa dan boleh mula terjadi pada trimester pertama kehamilan.
Gatal semasa hamil juga kerap muncul pada ibu yang berbakat alergi yang disebut pruritus urticaria. “Kulit akan tampak seperti berbintik... berbintat... berwarna kemerahan... dari yang kecil sampai yang besar. Ada juga yang sampai berair... bernanah dan berbau akibat jangkitan kuman hasil daripada aktiviti mengaru yang terlampau. Oleh itu... ibu hamil dinasihatkan untuk tidak mengaru pada kulit yang gatal tetapi menggunakan ubat gatal yang disyorkan oleh doktor bagi mengatasi masalah tersebut. Jika faktor kegatalan timbul akibat masalah alergi... maka ibu hamil dinasihatkan untuk menjauhi makanan-makanan yang mengundang kepada perkara tersebut seperti udang, ketam dan sebarang makanan laut.
jangan garu jika anda menghidapi penyakit gatal.. kesannya lebih memudaratkan kulit anda dan sukar untuk hilang seperti sedia kala
Nampaknya macam dah terlambat jer untuk saya mengatasi tentang masalah gatal ni. Ubat gatal yang paling mujarab sudah tentunya mengaru dan saya sudah mengaru sesuka hati saya. Akibatnya... kulit saya telah menghasilkan parut-parut yang tidak menyenangkan. Lebih haru lagi... bila luka.. lambat pula nak sembuh kerana penyakit kencing manis yang saya hadapi. Jadi... saya berkongsi artikel ini untuk ibu-ibu dan bakal ibu supaya kamu boleh mengatasi masalah ini dengan lebih awal. Jangan jadi seperti saya.