TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, May 10, 2010

Saya menang minum dan menang Power Root - Ehhh.. ini bukan sms yang palsu tu.. ini betul-betul punya...

Lama dah cerita ni.. tahun lepas. Memang betul-betul tau... saya minum dan menang Power Root. Dapat cash money tuuu. ALkisahnya masa tu baru habis mesyuarat sekolah. Badan rasa letih sangat. Nak tambah tenaga punya pasal saya singgahlah kat kedai runcit yang berhampiran kat rumah saya. Beli Power Root Kacip Fatimah. Tu lahh first time saya minum. Masa pegang tin tu saya memang dah rasa semacam. Dengan gaya sopan saya pun merentap ler penutup tin tu dan jeng... jeng...jeng...

Tak berkelip biji mata ooo.. Betul ke ni? Udah ler tulisannya warna emas. Kecik jer.. Nak tahu berpa nilai yang dimenangi.. RM100. Masa tu perasaan tamak mula menguasai diri. Kenapa takde lagi satu kosong kat belakang tu. Ekekeke... Saya pun hantarlah kat tauke kedai runcit tu semula. Wahhh... manyak ong la lu.. Tauke tu ambik dan beri surat jaminan. Nanti dia hantar kat Power Root untuk tuntut hadiah. Bila dah sampai.. dia telefon.

Dalam dua minggulah menunggu... akhirnya RM100 tunai sampai ke tangan saya dan sebagai tanda kenang-kenangan.. saya telah mengebas benda ini. Hehehe... perempuan...

harganya tak sampailah RM100.. yang untungnya boleh celup semula tapi memang lambat luntur.. pendek kata.. ada jaminan...