Kalau nak buat dosa kering... senang jer.. cari jer benda-benda kecik untuk jadi point rasa tak puas hati. Kutuk sana sini. Kadangkala kita mungkin melahirkan pendapat tapi kalau kita tak tahu niat sebenar orang itu... dah boleh jadi mengumpat pula. Kalau tak tahu... tanyalah dulu... jangan buat rumusan sendiri.
Untuk pertama kalinya bertugas semula hari ini setelah 3 hari MC. Pagi tadi pun tompokan darah keluar lagi. Harap-harap tidak mempengaruhi kandungan. Balik sekolah lagi sekali tompok darah ada. Memang kena kawal pergerakan sungguh. Yang tak seronoknya bila mendengar perkara-perkara yang kurang enak. Mulut manusia memang tak boleh nak tutup!
Ada yang mempertikai niat saya bersedekah di awal-awal kandungan. Mungkin bagi mereka saya terlampau beria-ria. Baru 6 minggu (masa bersedekah) mengandung dah sibuk bagi pulut kuning. Untuk pengetahuan... saya berniat semasa buat ujian mengandung hari tu. Kalau positif... saya nak bersedekah. Kenapa saya buat awal pula kerana saya nak minta guru-guru lain doakan... supaya saya dapat anak perempuan. Saya rasa inilah masa yang sesuai sebab jantina janin tak terbentuk lagi. Kalau saya buat masa kandungan 6/7 bulan nak buat apa.. jantina pun dah terbentuk masa tu. Kan ibu-ibu mengandung juga digalakkan berdoa tentang jantina bayinya sebelum usia kandungan berusia 8 minggu dan berhenti selepas itu kerana dikhuatiri mempengaruhi pembawakan diri anak itu nanti.
Itulah susahnya manusia ni.. ada jer benda yang nak dipertikaikan.
sedekah pulut kuning sahaja... yang ala kadar.
(gambar google)