TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, May 11, 2010

Pernahkah kamu terfikir yang isyarat/ bahasa lucah yang kamu tujukan itu diberi kepada cikgu adik/ anak kamu?

Pernah tak kamu terfikir? Terutama kepada pengguna jalan raya. Apatah lagi ketika melempiaskan kemarahan dengan cara yang tak patut. Dengan megah memberi isyarat lucah kepada kereta yang terhegeh-hegeh di hadapan kamu. Mungkin juga membalas kembali kemarahan apabila dihon akibat kesilapan diri sendiri. Dan suatu hari... kamu bertemu kembali dengan orang itu dan dia adalah cikgu adik/ anak kamu. Adakah kamu rasa... malu? atau hanya menebalkan muka?

Saya tidak pernah mengalami situasi di atas. Kalau saya guru itu.. saya belum bersedia dengan kata-kata yang penuh dengan panahan berbisa. Kalau panggilan telefon... saya pernah. Saya menerima satu panggilan lucah yang merengek-rengek membicarakan soal seks. Hairan juga darimana dia memperolehi nombor telefon rumah. Katanya... kawannyer beri.. tah kawan mana pun saya tak tahu.

Membebel saya memberi ceramah kepadanya. Agaknya terberkesan dengan ceramah yang saya berikan... dia memohon kemaafan. Entah dari mana... setelah sekian lama saya mengetahui.. rupanya dia abang anak murid saya. Tiap-tiap hari dia hantar adiknya tuisyen di rumah saya pada ketika itu. Nampak sangat dia nak cover malu disebalik helmet kura-kuranya.

 (sumber gambar: google)

Dunia ini bulat. Pusing-pusing suatu hari kita mungkin bertemu. Mana tahu.. suatu hari mungkin bersaudara. Saya pernah bertanya soalan ini kepada mereka-mereka yang gila seks dalam internet. Jawapannya... buat tak tahu sudahhh. Tidak ke mereka fikir... kalau orang nak balas jahat.. bongkarkan sahaja apa yang mereka lakukan? Nampak sangat tak kisah dosa pahala kan? Bila anak buat hal bila besar  nanti... jangan lupa kenangi diri.