TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, May 5, 2010

Kaunter Pertanyaan - Sila tanya yang patut-patut aje

Blog ini dah ada kaunter pertanyaan. Tu... ruangan form spring tu. Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada yang tidak. Silalah bertanya... terutama soalan melibatkan matematik sekolah rendah. Insyaallah saya cuba membantu. Kalau soalan sains pun boleh juga. Terutama soalan sains bahagian B. Ramai ibu bapa yang kurang arif mengenai bentuk soalan ini. Soalan matematik sekolah menengah atau peringkat teratas? Lebih elok kalau bertanya kepada yang lebih pakar. Maksudnya.. yang mempunyai pengalaman dalam bidang tersebut.


Soalan peribadi? Kalau bersesuaian saya akan balas. Jangan pula mengutarakan soalan-soalan yang berbau seks atau seangkatan denganya. Saya bukan orang sesuai untuk anda bertanya.