TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, May 10, 2010

Hari Guru tak lama lagi - Cikgu nak sangat-sangat hadiah tu... boleh tak?

Beberapa hari jer lagi. Pentingkah Hari Guru? Tepuk dada tanya selera. Bagi saya... meraikan Hari Guru bukan untuk diri sendiri sebaliknya berkongsi kegembiraan bersama anak murid. Bukan hadiah yang diinginkan. Hanya sebuah rasa gembira. Gembira bersama anak murid tercinta apalagi yang berjaya dengan keputusan yang cemerlang dan akhlak yang terbilang.

Cikgu memang nak sangat hadiah tu... nak sangat-sangat! Kalau tanya cikgu nak hadiah apa.. itulah jawapan cikgu. Esok PKSR 1 sekolah saya bermula. Inilah masanya anak-anak didikku. Inilah masanya kamu mengzahirkan dengan jayanya apa yang kamu terima. Kejayaan kamu... kebanggaan cikgu. Kegagalanmu... kepincangan cikgu.

Cikgu tak mengharapkan A dari kamu semua. Kalau ada.. alhamdulillah. Cikgu mahu kamu semua lulus supaya cikgu tahu yang selama ini cikgu tak syok sendiri. Lakukan yang terbaik.. bukan hanya untuk cikgu.. tapi untuk diri dan keluargamu. Mulakan dengan doa. Jangan lupa mohon maaf terlebih dahulu dari kedua orang tuamu. Cikgu sentiasa halalkan ilmu yang cikgu curahkan. Sehabis usaha dari kamu semua adalah hadiah yang paling bernilai cikgu terima.

ini anak murid tahun lepas.. sekarang mereka tahun lima dan saya gembira mereka semakin menguasai matematik yang ader.. saya amat berpuashati dengan keputusan matematik mereka tahun lepas.. itu sebab mereka dapat manja-manja gitu...
(cikgu control cun.. agaga~)