TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 15, 2010

Gotong Royong Perdana - Semangat cikgu2!!!

Hari ni Gotong Royong Perdana di adakan di semua sekolah seluruh Malaysia sempena Hari Guru yang bakal tiba. Ermmm.. seronoknya nak buat kebajikan. Bukan senang nak tengok cikgu-cikgu mengeluarkan keringat kan3.. Jom cikgu-cikgu... lakukan seikhlas hati kita. Semoga yang diperolehi tidak ternilai.

Saya hanya ditugaskan untuk bahagian jamuan. Tak dibenarkan untuk buat kerja berat. Tengok aje lah jawabnya. Kalau ada yang boleh disentuh-sentuh tu.. saya buatlah. Takkan ambil bau aroma dari jamuan yang menyelerakan. Terima kasih kerana sudi menyediakan jamuan untuk kami. Setidak-tidaknya bukan hanya nasi bungkus semasa berkursus. Alhamdulillah.

Semoga kawasan sekolah bertambah indah dan ceria..