Bila mendengar seorang anak kecil mencarut... rasa nak cili-cilikan jer mulut anak tu kan. Kena-kena pula perkataan yang dikeluarkan tidak hanya melibatkan bodoh, tolol atau bahasa kasar khinzir tapi turut serta perkataan yang menyentuh bahagian-bahagian yang sulit dan juga 'f' word. Selalu kita terfikirkan.. dari mana lah bebudak ni belajar? Anak-anak kecil memang cepat terpengaruh! Tak kisahlah jika dia mempelajarinya dari rakan sebaya atau mana-mana sumber. Bagi saya.. yang pastinya.. anak kecil itu takkan mengetahui kalau sumber utamanya tidak lain dan tidak bukan... ORANG DEWASA.
perlu tak diwujudkan kempen 'Taknak Mencarut!'?
Orang dewasa di sini tidaklah menyentuh ibubapa 100%. Mungkin juga dari saudara mara, jiran-jiran sekeliling atau mungkin masyarakat yang ditemui secara tidak langsung. Anak-anak ini pun sebenarnya tidak memahami apa yang dituturkan. Yang dia tahu... bila bengang atau marah.. orang selalu mencarut. Maka anak ini menjadikannya sebagai budaya tanpa mengetahui apa natijahnya. Jika tidak dibendung... maka perkara ini akan berlanjutan hingga ke alam dewasa.
Saya pernah berdepan dengan anak murid yang mencarut. Setakat perkataan bodoh atau bangang.. saya boleh menegur secara berhemah tapi jika sampai mengeluarkan carut yang melibatkan bahagian sulit.. saya memang hilang kawalan. Bagi saya anak-anak begitu biadab sikapnya. Kena-kena pula.. kalau di sekolah.. murid-murid yang sering menuturkan adalah murid yang berumur 10 tahun ke atas. Rasanya... murid dalam umur sebegini sudah boleh membezakan samaada sesuatu benda itu wajar atau tidak disebut.
Perlukah hal mencarut dipanjangkan kepada ibubapa murid-murid ini? Kalau saya.. saya selalu mengambil kesempatan pada hari terbuka sekolah.. untuk memaklumkan sikap buruk murid ini. Yang itu hanya melibatkan kelas sayalah. Yang saya bukan guru kelasnya... perkara tersebut macam terbiar begitu sahaja. Ayat yang saya jawab bila mendengar murid mencarut ialah... sedap sangat ke sebut? Kalau sedap, apa kata kamu tunjuk? Idak pun kalau melibatkan penyebutan berlainan jantina... saya akan berkata... kamu takde mak ke? Cuba mencarut depan mak atau kalau sangap sangat.. tengok ..... (tak sanggup pula nak habiskan ayat)
Mungkin ada yang kata cara saya mungkin kasar. Kalau dah berkali-kali ditegur kerana mengulang perangai buruk yang sama.. memang ayat macam tu terkeluar. Kalau disepak kang mulalah yang sepak tu menjadi perkara yang utama. Habis tuuu.. biarkan je ke? Kadang-kadang.. bila kita report pada ibubapa.. ayat yang terkeluar.. "Biasalah cikgu.. bebudak..". Alahaiii... sebab bebudak le nak didik.. Kalau dah besar mana nak lentur buluh lagi!