"Takyahlah susah-susah cikgu... buat ler camne pun... kalau dah b***h tu b****h juga walaupun 10 kali minum air yang direndam buku dalamnya."
Macam tak tahu nak kata apa lagi kan. Kadangkala... sebagai seorang guru... saya nampak potensi untuk maju dalam diri anak murid saya. Mereka ada keinginan dan keazaman yang tinggi. Mereka bukan tidak pandai. Mereka perlu lebih pendedahan dan perhatian. Masalahnya... yang meruntuh harapan mereka adalah ibubapa mereka sendiri.
"Tak payah tuisyen-tuisyen... wat membazir jer.. pandai pun belum tentu kaya."
Saya bukan bercakap guna andaian. Hal ini memang berlaku. Kawan saya sendiri turut mengalaminya dulu. Lahir sebagai pelajar cemerlang belum cukup membanggakan bapanya. Dia tidak dibenarkan ke asrama. Dia tidak dibenarkan menyambung pelajaran ke universiti. Akhirnya... kepandaiannya terkubur begitu sahaja. Semoga impiannya nanti dapat dilaksanakan oleh anaknya pula.
sekadar gambar hiasan
(sumber: google)
Turut berdepan dengan masyarakat sekeliling yang mempunyai pemikiran begini. Saya nak buat tuisyen free pun.. orang tak yakin dengan anak sendiri. Jenuh saya membuka pintu jam 8 malam menantikan kehadiran anak-anak mereka. Mereka buat don't know ajer. Andai sekalipun anak itu tidak sepandai pandainya... janganlah kita menjadikan mereka sebodoh-bodohnya. Di mana tanggungjawab mereka sebagai ibubapa?