TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, April 10, 2010

' Si TeDi Buat 'Contest' : Bila Dak Itam Berdialog

Iya... Tedi yang tu lahhh wat contest niii. Tedi yang penyayang pada kucing-kucingnyer. Kasih sayangnya tak bertepian hingga kita terasa sama. Saya join ni... ANDA? Jomlah sama. Klik saje SINI jika berminat untuk turut serta.

Ke garisan... sedia... PERYERTAAN BERMULA.
GO!

1. Kamu di kehendaki meletakkan dialog dalam 2 keping gambar Dak Itam. Yang mana dahulu dan yang mana kemudian itu terpulang. Boleh juga di tulis di bawah gambar sahaja. 

Wokeyh Cik Tedi. Ini dialognyer...

GAMBAR 1

Dialog: 
Dak Itam: Wah, Gambar dasyat siottt!!! Takde kategori langsung niii. Mahu tangkap leleh air liur. Huh, mengoda dan tergoda!!! Bos2... takkan suruh gua menjamu mata jerrr. Bila nak jamu selera pula? Tengok perut niii.. leper jerrr.

GAMBAR 2

Dialog:
Bos (Tedi) : Udah-udah... jangan buat pasal! Macam ler aku tak bagi ko makan. Kalau ikut selera ko.. dengan pc2 ni ko baham. Tu 'mouse' depan ko tu saper nak layan? Kemain montok dan gebu lagi.. takkan tengok jer kot?

Dak Itam: Hampeh tol lah bos niii. Buat bantut selera gua jerrr. kalau 'mouse' warna oren niii, bagi free pun wa tak layan. Baik wa tidur. Untung-untung boleh masuk ke alam fantasi. Tak dapat realiti... mimpi pun jadi lerrr...

2. Berikan 2 sebab mengapa kamu berkunjung, membaca dan mengomen di Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik?
Berkunjung kerana Cik Tedi ni mesra alam orangnyer. Membaca kerana tertarik dengan tajuknya yang lain daripada yang ada. Entrinya pula ringkas tapi padat. Kadangkala tersenyum sambil membaca. Ada juga yang meninggal kesan di jiwa. Mengomen pula kerana Cik Tedi pandai membuat entri yang buat orang akan mengomen.
3. Berikan 1 tajuk 'entry' yang paling kamu sukai atau yang terkesan di hati! Tidak ingat tajuk, tulis isi-isi penting pun di terima.
IBu , MenGapakaH DiKau MemBuTakan MaTa Dan MenTuLikan TeLinGa aTas seGaLa kesiLaPanku? TanDa KasiHkah Itu?
Memang meninggal kesan yang amat mendalam. Semoga anak-anak soleh ku tidak begitu. Kesian ibu itu apabila kasih sayangnya di balas begitu. Begitulah jika seseorang anak tak mengenang jasa... ditatang salah, tidak apalah lagi. Bukannya si anak nak cari kesilapan diri sendiri. Ibu yang banyak berkorban pula di salahkan.

4. Berikan 1 tajuk atau perkara atau isu yang dapat membuatkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik lebih mantap, lemak berkrim dan di sukai ramai.
Sememangnya Blog Cik Tedi yang banyak mengetengahkan isu KEHIDUPAN menjadi pilihan masa kini. Kelebihan yang Cik Tedi miliki telah menjadikan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik menuju ke puncak populariti.

5. Saya mengharapkan Kadangkala Diam Itu Adalah Lebih Baik ................." ( tidak kurang dari 20 patah perkataan )
...tetap wujud sehingga ke anak cucu. Menjadi harta pusaka yang tidak ternilai. Jangan lupa untuk mencari pewaris nanti dan menurunkan ilmu-ilmu yang dimiliki.
~ PENYERTAAN TAMAT ~