TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, April 2, 2010

NUFFNANG - Adakah saya dihukum?

Salam, mesti ramai blogger yang telah menerima kiriman email dari nuffnang kan? Tak tahu lah jika semua blogger yang memasang nuffnang dalam blog mereka menerima email ini atau blogger-blogger tertentu sahaja. Tak faham sebenarnya... adakah ini email peringatan, amaran atau makluman?


Patutlah hari ini iklan-iklan tak jaga seperti selalu. Merajukkah nuffnang? Apa yang saya faham dari kiriman email ini ialah nuffnang memaklum berlakunya kegiatan klik fraud. Saya baru sahaja mengenali apa itu klik fraud. Klik fraud ialah klik yang di lakukan oleh tuan punya blog sendiri atau kumpulan klik mengklik yang bertujuan untuk menambahkan pendapatan nuffnang mereka.

Luahan hati ini saya tujukan kepada nuffnang. Saya tidak pernah mengklik blog sendiri. Sedih rasanya jika kiriman email yang diberi merupakan amaran kepada saya. Selama 4 bulan berblogging saya cuba untuk belajar etika berblog termasuk bab klik mengklik ni. Untuk meletakkan ayat-ayat yang bertujuan ke arah itu pun saya tak pernah. Harap-harapnya nuffnang tidaklah merajuk lagi. Saya masih dalam proses mengenali nuffnang dengan lebih mendalam.