TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, April 7, 2010

Nama anak kucing dalam Bahasa Malaysia?

Ini hanya gurauan. Bukan betul-betulan. Biasalahh.. ader jer cikgu-cikgu yang jadi penghibur hati. Mengatasi stress yang di alami. Masih ingatkah anda pada HOT POTATOES? Di mana 200 soalan terpaksa di siapkan. Kalau terlepas mengikuti.. boleh klik di SINI.

Saya adalah guru kedua yang berjaya menyiapkan HOT POTATOES itu dengan jayanya. Orang pertama adalah sahabat karib saya. TAHNIAH untuknya. Ramai cikgu-cikgu yang dengki. Kalau berdengki untuk kebaikan..  tak salahkan. Pihak pentadbir pula menggunakan budi bicara mereka. Mengurangkan jumlah soalan, separuh daripadanya. Ehhh.. tak aci kan. Kalau ku tahu.. takkan ku bersengkang mata... tidur tak lena. Tak adalah sebenarnya. Kalau untuk pendidikan... semuanyer ikhlas ku lakukan.

Kalau nak tahu semua soalan hendaklah ditaip dalam Bahasa Malaysia. Jadi cikgu-cikgu Matematik dan Sains terpaksalah men'translate' setiap kata. Di sinilah kisah kelucuan bermula.. apabila Bahasa Inggeris bertukar kepada Bahasa Malaysia. Sila baca soalan yang di beri..

Question
A baby cat called ...
a. kittens
b. puppies
c. calf
d. ponies
dan setelah di translate ia menjadi...

Soalan
Anak kucing dipanggil ...
a. anak kucing
b. anak anjing
c. anak lembu
d. anak kuda
Ohhh...  soalan jenis apakah agaknya???

Jangan dibuat! Buat gelak di kucing jer..
(google)