TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, April 25, 2010

Konsert Double Trouble Search dan Wings - 'Zaman kegemilangan itu dah berlalu'

1 Mei 2010 bakal menyaksikan dua kumpulan rock yang unggul dulu dan kini bergabung semula bagi mengulangi sejarah yang pernah dilakar suatu ketika dulu. Search dan Wings... dua nama yang tidak asing lagi dalam persada seni negara. Konsert yang dikatakan sebagai tempat melepaskan dendam yang yang dipendam sekian lama, kumpulan search dan wings mengharapkan konsert kali ini mampu mencipta satu fenomena dalam industri seni tempatan.

Kumpulan Search dan Wings 
(sumber gambar: sini)

Wahhh... tentu seronok mambayangkan jika saya dapat hadir menyaksikan konsert tersebut. Membesar pada era kegemilangan dua kumpulan ternama ini menjadikan saya jatuh cinta kepada muzik dan lagu yang menepati selera. Namun apakan daya... saya sedar keadaan telah merubah segalanya. Zaman kegemilangan itu telah berlalu. Ini bukan zamannya saya meletakkan kepuasan diri melebihi segala-galanya. Mungkin apa yang saya mampu lakukan ialah membeli CD konsert yang bakal dikeluarkan nanti.

Teringat kisah semasa menuntut di Maktab Perguruan dulu. Semasa itu saya melanjutkan pelajaran dan bukan lagi bergelar guru pelatih. Kumpulan Wings hadir di Fun Fair yang berhampiran untuk membuat persembahan. Masa tu.. kalau ada fun fair.. tak sah kalau tiada artis jemputan. Saya bersama seorang lagi rakan yang tergila-gila Cik Abang Awie mengambil kesempatan untuk bertemu mereka secara langsung. Jangan jeles kerana kami dapat duduk semeja dan bersembang dengan Awie dan anggota kumpulan Wings yang lain bagai rakan sekampung. Awie memang ramah dengan peminatnya. Masa tu.. tak sanggup rasanya menatap renungan mata Awie yang boleh mencairkan jiwa. Sebab itu lah saya faham jika ramai artis yang jatuh cinta dengannya.

Amy pula penyanyi lelaki yang suaranya amat saya minati. Bagi saya suara Amy begitu unik dan melambangkan kelakian. Belum pernah bertentang mata dengan Amy atau menyaksikan konsert Search secara langsung. Setiap album Amy samaada kumpulan atau pun persendirian pasti menjadi koleksi. Masih tetap sukakan lagu Gemuruh yang mereka nyanyikan bersama. Semoga Search dan Wings hidup bahagia dunia dan akhirat~