Lolll... gambar apakah ini? Apakah motifnyer di paparkan di sini? Cuba perhatikan betul-betul gambar itu... apa yang pelik? Tak tahu? Itulah hasil pengalaman ngeri bila tak cukup ubi, jari disagat. Kemalangan yang tidak disengaja sewaktu remaja dulu. Masa tu mak menjual kerepek ubi untuk menampung pendapatan keluarga. Sebagai anak sulung yang bertanggungjawab (padahal kena paksa), menjadi tugas saya untuk menyagat ubi tu. Khusyuk punya pasal sampai tak sedar tersagat jari sendiri. Terperasaan bila tengok ubi yang putih bertukar merah. Aduihhh jariku...huhuhu
Ceritanyer tidak hanya berhenti di situ. Luka itu telah menyebabkan jari saya membengkak dan bernanah. Akibat malu nak bercerita pada mak dan abah, saya menahan kesakitan yang ader. Mak hanya sedar bila melihat saya menangis teresak-esak di tepi dinding menahan kesakitan. Abah pun bawa saya berjumpa doktor dan doktor telah mencuci nanah yang ader. Hasilnyer... saya telah hilang separuh dari daging asli jari saya tu dan terbentuklah rupa yang begitu.
soksek: masih trauma pada benda tajam yang seakan-akan pisau penyagat. Sampai sekarang kalau anak nak makan ais kacang kat kedai mak, saya tak berani menyentuh mesin air kacang tu kerana fobia dengan pisaunya. Terpaksalah opahnyer yang buatkan...