Sebenarnya saya malas nak komen tentang perkara ini. Masalah lama yang ditimbul kembali. Jangan tak buat gempar pada tajuk udahhh. Perkaranya berterusan tanpa penyelesaian. Tapi.. bila mendengar dan membaca beberapa komen yang menghiris jiwa... saya terpanggil untuk membela 'title' yang saya pegang. Memberi sebuah penjelasan biar pun bisa mengundang pandangan sinis.
BERITA HARIAN - Seksa jadi cikgu ---> klik SINI untuk berita lanjut
Bagai sebuah penderaan tajuknya. Benarkah seksa menjadi guru? NUTP mewakili guru-guru yang mengadu tentang beban kerja guru yang semakin bertambah. Banyak sangatkah kerja guru? Tak ikhlas ke guru-guru ni bekerja sampai hal remeh macam ni pun nak mengadu ke NUTP?
Saya tampil untuk menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan beban kerja guru pada pandangan saya. Perkara yang menjadi beban pada guru-guru ini ialah bila terpaksa melakukan tugas-tugas lain MELEBIHI tugas utama kami iaitu MENGAJAR. Bila terpaksa mengutamakan hal-hal lain, maka perkara tersebut memang menganggu tumpuan guru-guru untuk mengajar. Masa yang sepatutnya kami gunakan untuk mempelbagai aktiviti P&P kami supaya P&P yang dijalankan lebih berkesan terpaksa dikorban untuk melakukan tugas-tugas lain seperti yang dinyatakan dalam aduan.
Guru-guru kini tidak digalakkan menggunakan kaedah 'Chalk and Talk' seperti guru-guru zaman dulu. Guru-guru zaman kini diarahkan untuk mempelbagaikan kaedah P&Pnya supaya dapat menarik minat murid. Bilakah masanya yang sesuai untuk kami menyediakan semua keperluan itu? Di rumahkah? Kami tiada keluargakah? Masalah wujud apabila masa guru-guru ini dicuri untuk melakukan tugas2 yang lain. Kena pula setiap tugasan ada datelinenyer. Maka terkocoh-kocoh lah kami mengejar dateline untuk menjaga nama baik sendiri. Penilaian prestasi tidak hanya di nilai dengan ketekunan kami kepada murid-murid malah tugas-tugas yang lain itu yang menjadi lebih utama.
Kadangkala tugas yang diberi seperti kata pepatah ' nak berak baru nak korek lubang'. Hari tu juga bagi, hari tu juga nak. Adakalanya tugas yang diberi adalah tugas yang berulang-ulang. Hasil yang sama dengan kaedah yang berbeza. Ada juga tugas yang di luar kepakaran kami sebagai seorang guru. Kami cuma meminta.. tugas hakiki kami dikembalikan. Kalau cikgu dahulu boleh hidup bermasyarakat. Di kampung, siapa yang tak kenal cikgu itu dan cikgu ini. Sekarang ni.. bila balik kerja, cikgu-cikgu lebih suka memerap di rumah. Kami bekerja gunakan otak.. bukannya fizikal. Lihat sahaja jumlah pendidik di rumah sakit jiwa. Mata yang memandang tidak sama dengan bahu yang memikul.
Bayangkan jika seorang akauntan ditugaskan untuk membancuh air kopi, menyapu ofis, mengelap lantai, membersihkan kipas angin, menceriakan bank, menjawab panggilan telefon, membeli makanan tengahari untuk semua staff, mempromosikan kelebihan tempat bekerjanya setiap masa, menjadi jaga di bank selain tugas utamanya di kaunter, itulah kami cikgu-cikgu sekarang. Kami bukan banyak songeh tapi hanya memerlukan sebuah pengertian...
soksek2: Yang jadi mangsa bakal-bakal peneraju negara.. "Ok.. murid-murid.. buka mukasurat 23 dan jawab latihan dalam buku 1 yer.."
bagi murid-murid kerja banyak untuk selesaikan tugas sendiri..huhuhu..
(gambar google)