Hrmmm hari ini terdetik satu pertanyaan di hati. Dalam banyak-banyak ibubapa yang anaknyer sudah bersekolahkan... agaknyer berapa peratus yang benar-benar tahu anaknyer kelas apa dan nama guru kelasnyer. Kalau ikut dari pengalaman... saya berani kata 50-50. 50 yang benar-benar tahu dan 50 yang tak benar-benar tau.
Macam ari ni... tak pasal2 cikgu lain kalut sebab anak murid kelas cikgu lain. Murid tu nak tukar sekolah... jadi ayahnya pun bagitaulah anaknya kelas sekian-sekian. Pihak sekolah pun menelefon guru kelas supaya dapat menyediakan segala dokumen untuk memudahkan urusan pertukaran. Alih-alih bila ditanya nama murid, murid tersebut bukan murid kelasnyer.
Kes tak berhenti di situ apabila saya menjadi mangsa seterusnya. Di panggil ke pejabat sambil ditegur kenapa tak angkat handpon. Kebetulan ler pula phone saya habis bateri.. tulah pasal takde bunyi. Cikgu tolong sediakan dokumen murid nie yer.. sebab murid nie nak pindah. Siapa cikgu? Saya bertanya. Nama murid pun diberitahu sekian-sekian. Bukan murid kelas saya cikgu... jawab saya. Abis tu.. ayahnyer kata kelas 3B ni hahhh. Bukan cikgu, bukan kelas saya dan saya yakin kerana saya kenal semua murid kelas saya. Saya yang macam pernah dengar nama tu memberitahu kelas sebenar murid yang hendak berpindah tersebut. Bila semak dalam buku kedatangan memang tepat jangkaan saya.
Jadi saya terfikirlah kan.. apa kes lah ibubapa nie nak mengingat kelas anak yang seorang dua pun susah. Bersikap sambil lewakah atau buat tak kisah? Cikgu-cikgu pun boleh mengingati kelas murid-muridnyer dengan baik termasuk bekas muridnyer. Mungkin benda macam ni dipandang remeh... tapi kalau ada kes kecemasan ker... tak ke boleh mendatangkan masalah..