TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, April 24, 2010

Adusssh anak oiii.. dah tak sayang nyawa ke?


Rasa nak tercabut nyawa melihat perlakuan seorang murid tadi. Hari ini, ganti persekolahan untuk cuti raya Aidilfitri nanti. Guru kelas dikehendaki masuk ke kelas waktu pertama persekolahan kerana  guna jadual hari Isnin. Melangkah jer keluar kelas selepas habis waktu pertama, saya terpandang seorang murid yang melompat-lompat memanjat tembok di tepi kaki lima. Adussshh terus rasa mengeletar kaki niii . Kalaulah terjadi apa-apa…huhuhu.

 bayangkanlah budak tu melompat-lompat supaya dapat jenguk ke bawah dari sini... kalo pepehal... parah tuuu

Automatik saya menjerit dari jauh menyuruh murid itu untuk segera turun dari tembok dan masuk ke kelas. Nasib baik mahu mendengar kata. Saya menuju ke pejabat mengadu pada pihak pentadbir. Puan PK HEM memaklumkan sudah selalu murid tersebut berperangai demikian. Kadang-kadang tiba-tiba sahaja dia meluru ke luar kelas.. melompat dan menjenguk di tembok itu walaupun guru ader di dalam kelas. Perangainya susah untuk dijangka dan dikawal.

Bukan pihak sekolah tidak pernah menghubungi ibubapanyer. Ibunya sering datang ke sekolah. Sudah banyak aduan yang pihak sekolah nyatakan pada ibunya. Hasilnyer… anak itu yang menjadi mangsa apabila ibunya memukulnya separuh giler. Pihak sekolah pula yang tak sampai hati untuk mengadu lagi sebab kesian jika murid itu teruk dipukul oleh ibunya. Serba salah pihak sekolah kan… buat tak tahu nanti jadi kes... sekolah yang susah. Bila ambil tindakan kesian pada murid yang teruk dirotan. Rasanya murid seperti ini perlu mendapat rawatan untuk mengkaji punca masalah diri…