TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 2, 2010

SIAPA YANG SIAP DAHULU dia menang.

Minggu ujian. Bukan pada hidup saya... tapi di sekolah. Bertugas pada minggu ujian memang seronok. Tak rasa beban sangat. Disiplin murid lebih terkawal. Suasana pun rasa aman je. Nak2 bila ujian tengah dijalankan. Senyap sunyi. Kalau masa ni janganlah kena penyakit batuk. Memang menganggu penumpuan orang lain.

Bercerita pasal ujian. Selalunya yang lebih gabra ialah cikgu2nya. Anak murid? Nampak cool je... (dalam hati murid tu tak tahu lah). Kenapa cikgu yang mengelabah lebih. Masa ni lah cikgu2 nak tahu apa yang di ajarnya berkesan atau tidak. Kalau murid2 dapat keputusan yang memberangsangkan... memang tarik nafas lega. Kalau keputusan yang kurang memuaskan... mulalah nak membebel. Murid2 pula terpaksa le mendengar leteran guru... yang kebanyakannya di ulang2 dan ayat yang sama je dari guru2 yang lain juga.

Selalunya.. kalau murid tu dah memang berusaha tapi keputusan tidak seperti yang dijangka.. guru2 sedia memaafkan. Tapi bagaimana pula kalau sikap yang menyebabkan keputusan yang tidak elok di perolehi. Apa kaitannya erk? Sebagai contoh... murid2 siap menjawab kertas soalan dalam masa 15 minit selepas kertas soalan di edarkan. Camna tu? Tapi itulah kenyataan yang ibu bapa perlu tahu! Kebanyakan murid2 begitu. Kadang2 rasa penat je setkan kertas soalan tu untuk 1 jam di jawab. Alih2... 15 minit dah siap. Simpan bawah meja.. dan masa tu mulalah nak main. Memang le boleh angin cikgu2nya.

 
jawab betul-betul soalan tu... jangan nak cepat siap jer..
(gambar google)

Macamana fesyen jawabnya pun tak tahu lah... kalau diri sendiri cuba jawab balik, paling2 kurang pun 20 hingga 30 minit. Ni dah kes terror dari cikgu ni! Bila cek jawapannya.. faham2lah.. soalan yang senang pun salah di jawab. Kalau 'cat ci lot at at' sekali pun.. lebih 15 minit. Ajaran siapalah yang murid2 ni amalkan agaknya. Tu belum kes yang nama pun tak tulis. Penat2 je ibu bapa bagi nama... kadang2 dia tulis nama panggilannya jer.

Murid2 memang dah di dedahkan dengan cara menjawab soalan. Cara menganalisa soalan... tapi susah benar nak amalkan. Bagi saya, perkara seperti ini memerlukan pembelajaran yang berterusan... maksudnya perlu ada kesinambungan di rumah. Ibu bapa juga main peranan dalam memastikan anak-anak tahu menggunakan masa menjawab soalan sebaiknya. Selalunya saya lihat.. murid2 bukan melayu memang pandai menganalisa soalan. Bila di tanya mana belajar? Jawapannya... mak ajar. Murid melayu? Ada juga... tapi sikap sebenarnya. Kadangkala dah berbuih pun mulut ibubapa di rumah mengajar.. tapi dok macam tu. Agaknya lah kan.. di kalangan mereka ada pertandingan SIAPA YANG SIAP  DAHULU dia menang.