TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 27, 2010

PELAJAR LAMBAT BAYAR YURAN - Perlu ke jatuhkan air mukanya?

Cikgu jenis apalah yang jenis tak memahami masalah anak muridnyer. Tak faham apa sebenarnya yang ada dalam hati perut cikgu tu. Terpaksa 'makan ketupat' tentang rakan sejawat sendiri. Fahamlah kita semua manusia. Tak sempurna. Yang masalahnyer.. nak faham masalah anak murid susah sangat ke? Kenapa nak di paksa-paksa. Memalukan pelajar dalam kelasnya. Terutama anak remaja. Yang dah tahu tentang air muka. Mana nak di letaknya?

 tiap-tiap mintak yuran... kenapa masih tak bayar-bayar?
(gambar google)

Ni kisah tentang kewangan. Kisah pasal yuran. Pelajar masih tak bayar yuran. Di bising-bisingnya cikgu tu satu kelas sedangkan pelajarnya dah bercerita.. apa masalah keluarga dia. Bukannya pelajar tu tak bayar terus. Tiap-tiap hari pelajar tu bayar RM2. Ada ke patut cikgu tu cakap.. kalau macam ni sampai bila lah habis. Tolonglah cikgu... yang beri masalah tu ibu bapanya. Bukan pelajar tersebut. Kenapa cikgu tak bagi surat rasmi dari sekolah? Memaklumkan yuran hendaklah di jelaskan dalam masa sekian-sekian. Cikgu cuma membebel dalam kelas. 

Faham-fahamlah cikgu yang pelajar cikgu tu sudah remaja. Janganlah tiap-tiap hari cikgu nak malukan dia. Sepatutnya cikgu bagi surat. Amaran pertama, kedua dan ketiga. Langkah seterusnya telefon ibu bapa pelajar berkenaan. Pihak sekolah boleh mengarahkan ibu bapa untuk datang ke sekolah berjumpa pihak pentadbir. Memanglah yuran sekolah tidak sebanyak mana... dan memang jadi tanggungjawab keluarga untuk ibu bapa untuk menjelaskannya. Cikgu perlu faham tidak semua pelajar mempunyai keluarga yang sempurna. Kena pula yang dapat bapa yang jenis tak kisah apa-apa. Sebenarnya hati perut cikgu di mana?

Sebagai rakan sejawat cikgu saya masih tak memahami kenapa cikgu berkelakuan begini? Adakah cikgu nak mudahkan tugas cikgu mengisi segala hal yang berkaitan dengan yuran ni? Mungkin juga cikgu malu bila nama cikgu naik dalam mesyuarat kerana masih ada murid yang tak bayar yuran? Rasanya pihak sekolah ada menyediakan penyelesaian untuk pelajar yang bermasalah dalam hal ini kan? Ada bantuan yang boleh di berikan. Sudahkah cikgu mengambil tindakan?

Mungkin juga cikgu mengandaikan keluarga pelajar memberi alasan. Memang ada ibu bapa yang suka mengambil kesempatan  melengah-lengahkan. Kalau cikgu tak ikut prosedurnya, mana mungkin cikgu mengetahui masalah pelajar itu? Mengenali anak murid kita bukan hanya pada prestasinya. Harus juga ketahui latarbelakang keluarganya. Tambahan pula anak remaja. Takut ada yang salah langkah, kita menanggung sama.

Saya telah utarakan langkah-langkah yang boleh di ambil oleh si pengadu. Harap-harapnya masalah dapat diselesaikan. Sebagai rakan sejawat saya juga terasa tempiasnya. Ya ke cikgu-cikgu ni jenis suka paksa-paksa? Apa nak kata?