TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, March 7, 2010

NAK JUAL BARANG PUN KENA MENIPU

Tengahari tadi bawa nak-anak pergi GIANT. Makan tengahari di situ.. Ibu malas masak. Selalu hari minggu Cik Abang ada kat rumah. Kalau dia ada kat rumah, macam2 resepi yang dia cuba. Pagi2 lagi dia akan bangun untuk ke pasar. Mula lah macam2 benda yang dibelinya. Nak cuba resepi baru katanya. Memang selalu macam tu. Sejak kawen boleh di kira berapa kali saya ke pasar. Kalau tanya jenis-jenis ikan memang angkat kaki tangan. Pernah sekali tu Cik Abang minta tolong beli bawang. Sampai di kedai saya cakap lah kat tauke tu bawang RM3. Balik je rumah.. membebel2 Cik Abang kerana bawang yang di beli banyak yang busuk. Mana idaknya.. bukan saya pilih. Hampeh betul saya tauke tu. Cik Abang saya kalau beli bawang, dibelek2nya bawang tu sebijik2. Memang patut le dia bising.


 
Cikgu.. kenapa Nobita taknak datang Malaysia? tanya seorang anak murid... 
sebab ada GIANT!
(gambar google)

Lepas makan di GIANT, anak2 minta kebenaran nak main di taman permainan yang ada di GIANT. Saya bagi kebenaran. Sambil2 tu saya pergi ke kaunter di GIANT nak tukar kupon. Bila kita tukar kupon yang dikumpul boleh dapat kuali atau periuk dengan harga yang murah. Masa tarikh tutup hari tu stok dah habis... jadi adik GIANT tu kata bagi nama dan nanti bila stok sampai datang ambik. Alih2 tadi.. bila cek nama.. nama takde dalam buku. Sedangkan, hari tu.. sendiri yang tulis nama di situ. Ngelat arrr deme ni. Nasib baik le dia bagi stok kuali yang ada dulu. Lagi satu stok tak sampai lagi.

Nak keluar je dari GIANT ada le seorang pemuda Cina tahan. Katanya.. puan dapat hadiah free. Mula2 malas nak layan sebab ingat orang kad kredit. Rupa2nya dia nak promote barang dia. Layan je lah sambil bagi lebih masa untuk anak bermain. Lagipun memang ada barang yang saya berkenan. Lama dah aim. Cuma tengah fikir banyak2 kali . Budak Cina tu pun pot pet pot pet le promote barang dia. Bila tanya harga.. WoWww.. lebih RM3000. Dia tanya le saya kerja apa? Saya kata tak kerja.. surirumah je. Tak percayanya budak Cina tu. Dia kata nampak saya ni macam cikgu. Haa.. kan saya kata.. macam ada cop je kat dahi ni..! Tapi mati-matilah saya tak ngaku gak. Sekarang ni kan macam2 hal.

Bila budak Cina tu dah promote.. salesgirl dia ambil alih. Ceritalah pasal cara bayar. Masa ni dah mati mood. Takde stail langsung amoi ni. Penerangan pun kasar je. Muka tarak senyummm... ni nak jual ke idak. Last2 saya hanya membazirkan masa mereka dan saya. Lupa lak.. sebelum tu ada le deme bagi kupon. Dalam kupon tu ada potongan harga. Deme tunjuklah kupon2 yang orang lain dapat. Ada RM 100, RM 200, hadiah percuma, RM 300. Katanya itu jumlah potongan yang diberi untuk barang yang kita nak beli. Kalau harganya RM3000.. tolaklah RM 100 kalau dapat kupon RM 100. Nak tahu saya dapat kupon potongan berapa? Jeng3... RM 1000. Boleh caya ke? Tu lagi sebab mood mati. Ade je taktik diaorang ni.

Kadang-kadang fikir kenapalah susah sangat seorang peniaga nak jual barangnya dengan jujur. Pelanggan kini pun dah banyak yang belajar dari pengalaman. Setakat ni saya belumlah terkena lagi. Tapi kan.. kalau peniaga jujur.. hasilnya.. kan lebih laku jualannya. Ngapelah susah sangat?