TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 30, 2010

IDEA KREATIF - Teringin Cuba?

Bukan mudah untuk menjadi kreatif.  Apa lagi dalam menghasilkan sesuatu yang unik... lain daripada yang lain atau penggunaan yang tidak diduga. Otak perlu ligat setiap masa. Teruja dengan kiriman gambar yang diterima daripada kiriman email paksuu, membuatkan saya ingin berkongsi dengan anda semua. Mungkin ada yang pernah melihatnya. Tak salah rasanya berkongsi apa yang diterima. Mana tahu.. wujudnya idea kreatif yang lain pula. Jom jengok...



Dapat memudahkan penggunaan chopstik. Kepada sesiapa yang ingin berjinak-jinak menggunakan chopstik bolehlah mempraktikkan idea ini.

Ini bukan orang ngantuk disorongkan bantal...

Awas, masa yang diperuntukkan hanya seketika...

Sesuai untuk orang yang bercita-cita menjadi drakula, vampire atau seangkatan dengannya.Anak-anak yang belum cukup umur dilarang keras MENIRU aksi ini. Bahaya tuhhh...

Idea bagus untuk anak-anak yang masih tidak mahu lekang dengan putingnya. Tidak bertanggungjawab jika anda didakwa atas kesalahan penderaan...

Kalau banyak sangat fail yang nak diuruskan di pejabat tu.. apa kata anda sebotajkan ia. Kena buang kerja tanggung sendiri erkkk...

Sesuai untuk keselamatan dinding anda...

AMARAN KERAS!!! Sila gunakan tin yang lain untuk penghasilan idea ini...

Seperti lilin membakar diri.. tetap masih ada fungsi...

Sesuai untuk kaki yang sensitif dan sentiasa inginkan keselesaan...

Yang ni cantik dan kreatif! Rasa macam nak ajar kat sekolah waktu pendidikan seni ... jenuh nak menjawab nanti..

Berhati-hati di jalan raya. Jangan lebih mengundang padah udah ler...