TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, March 5, 2010

IBU PANDAI...AYAH PANDAI...ANAK?

'Ibu pandai... ayah pandai... anak2 confirm pandai.'

gambar google

Sudah tentu sekali ibubapa yang berilmu dan berkemahiran luas seharusnya mudah mendidik anak-anak mereka sehingga menjadi orang yang bukan sahaja berilmu tetapi berkemahiran luas serta minat pada ilmu2 yang bermanfaat. Akan tetapi, wujud keadaan di sebaliknya di mana pada masa kini, anak2 yang lahir dari benih ibubapa genius tidak sepenuhnya mewarisi gen kecerdikan itu daripada ibubapanya. Kalau ada sekali pun... kepandaian yang di perolehi di salahgunakan. Mengapa wujudnya fenomena seperti ini?

Selalunya, ibubapa genius ini sukar menerima keadaan anak mereka jika hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Namun, sesuatu yang harus diingati ialah bentuk persekitaran anak turut menjadi penyumbang yang besar dalam membentuk kecerdikan dalam diri anak. Bentuk persekitaran yang di maksudkan ialah perhatian ibubapanya. Ibubapa genius perlu tahu dan ingat.. 'Ibu pandai... ayah pandai... anak2 belum confirm pandai'. Kalau pemikiran ini yang di terima pakai, bagaimana pula dengan ibubapa yang bukan dari golongan profesional? Mereka juga tidak kurang kehebatannya dalam melahirkan anak2 yang bukan sahaja genius tetapi berbudi bahasa dan menghormati orang lain.

Ibubapa profesional sebenarnya mempunyai masa yang agak sempit. Alasan yang sekadar alasan yang dicipta. Masalah sebenarnya adalah kegagalan ibubapa yang tidak dapat menyusun masanya dengan baik. Kegagalan ini menjadikan anak2 sebagai mangsa. Ibubapa profesional perlu bijak dalam membahagikan masa kerja, personal dan masa untuk keluarga. Memang ianya memerlukan sebuah pengorbanan yang besar... tapi kesan positif darinya lebih memberi kedamaian dalam diri.

Wang memang salah satu perkara yang penting dalam hidup... tetapi ianya boleh di usahakan bila2 masa. Masa bersama anak2 tidak ada undurnya. Seminit kita terleka.. ia berlalu pergi. Bercakaplah dengan anak2 untuk membina bahasanya. Bercakaplah dengan adab dan doa... bukannya sumpah. Ajarlah anak tentang ilmu dunia dan akhirat hingga dia memahami dan mengamalkan. Ajarlah anak-anak kemahiran baru supaya dia mempunyai minat yang luas dan pelbagai. Bentuklah mereka  menjadi manusia yang seperti 'benih yang di campak menjadi pulau'. 

Anak genius bukan hanya cemerlang dalam peperiksaan. Anak genius adalah anak yang tahu membawa diri dengan cemerlang dalam kehidupan dunia dan akhirat. Janganlah suatu hari nanti wujudnya ibu yang tiada masa untuk menyusu anaknya. Janganlah adanya pula seorang ayah yang tidak pernah menimang anaknya.