TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 6, 2010

BERHATI HATI LAH SEBELUM RELA

'demi cinta yang menyala.. ku rela mengenggam bara api.. demi kasih yang mengharum.. semua aku rela..'
Baru tersedar dari lena yang panjang.. huhuhu.. bila terdengar lagu ni..baru terperasan yang saya telah melakukan satu kesilapan. Kesilapan yang boleh mengundang parah pada diri sendiri. Bahaya sungguh! Kes tidaklah berkaitan dengan senikata lagu tu.. cuma ada kena mengena dengan perkataan yang saya highlight kan. Rela dalam rela mendaftar menjadi anggota RELA hingga sedar sebenarnya tak rela.

Kes berlaku pada hujung tahun lepas kalau tak salah saya. Masa cuti sekolah. Saya pulang ke kampung bersama anak2. Membawa anak bertemu sanak saudara. Hanya kami bertiga. Singgah sebentar di sebuah supermarket kecil sebelum meneruskan perjalanan ke kampung untuk membeli sesuatu sebagai buah tangan untuk sanak saudara nanti. Masa tu hujan lebat. Dalam hujan lebat ni.. terjadilah kisah...

Saya telah di tahan oleh 3 orang wanita. Berumur dalam lingkungan 40an. Rasanya mereka tinggal di sekitar2 situ juga kerana mereka arif mengenai beberapa tempat yang di tanya oleh saya. 3 orang perempuan ni telah mengajak saya untuk menyertai RELA. Kata mereka.. menyahut seruan Perdana Menteri yang meminta masyarakat Malaysia aktif dalam pertubuhan ni. Saya pun tanpa syak wasangka bersetuju (selalunya agak susah). Salah seorangnya meminta saya mengisi borang, seorang lagi mengambil gambar saya dan seorang lagi membuat salinan pendua ic saya. Kata mereka... kad ahli akan di pos ke alamat yang tertulis dalam borang. Selepas tu.. saya pun menuju ke kereta dan meneruskan perjalanan ke kampung dan terlupa apa yang berlaku.

 gambar google

Sehinggalah suatu hari saya mendengar lagu di atas... barulah saya teringat pasal kes ini. Masalahnya... sampai sekarang, saya masih belum menerima apa2 berita tentang pendaftaran ahli tersebut. Sepucuk surat pun tiada. Apa lagi kad ahli. Hal ni menyebabkan saya mula berfikir yang bukan2. Adakah saya telah terperangkap? Adakah saya telah dipergunakan. Mudah2an di jauhkan...

Sekarang saya merasakan hal ini tidak boleh di pandang ringan. Macam2 kes yang berlaku sekarang. Takut pula kalau identiti diri di salah gunakan. Kenapalah saya hanya menurut kata2 mereka pada ketika itu. Perlukah saya membuat laporan POLIS?