TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 13, 2010

265 - AkU dAn SeSuAtU...

AkU dAn SeSuAtU...

sori ye dik.. akak siarkan tanpa kebenaran


Entri yang ini bukan tentang saya. Walaupun tajuk AkU dAn SeSuAtU... tapi percayalah.. yang aku di situ bukan saya. AkU dAn SeSuAtU... yang di maksudkan adalah sebuah blog kepunyaan velasrizal rodriguez (nickname mungkin). Seorang anak teruna versi 'pahlawan melayu' yang usianya semakin menginjak dewasa. Berzodiac sama dengan Cik Abang saya yang tersayang ---> KAMBING GURUN. Yang Terindah Hanyalah Sementara.. akak suka yang tu dik. Kena2 lirik lagu Erra Fazira tuuu.. tangkap syahdu..huhuhu.

Tajuk2 dalam entrinya benar2 menceritakan tentang AkU dAn SeSuAtU. Dari gaya penulisannya.. sememangnya saya tak sangka ianya hasil daripada seorang yang dalam umur sedemikian. Matang sekali! Ideanya kreatif. Diolah dengan begitu tersusun dengan bahasa2 yang mudah dan menarik hati. Rajin mengupdatekan blognya. (kalau adik tak update akak tertanya2 kenapa?)

Kenapa saya memilih AkU dAn SeSuAtU dalam entri saya kali ini. Ini adalah sebagai penghargaan kepadanya kerana menjadi follower saya yang ke 265. Ada makna nombor tu pada saya. Ehhh.. follower yang lain jangan terasa ya. Takde entri bukan bermakna kalian tidak dihargai. Cuma kerana nombor, AkU dAn SeSuAtU terpilih. Untuk adik tuan punya blog AkU dAn SeSuAtU, teruskan berblogging. Semoga adik menjadi blogger yang berjaya suatu hari nanti.
Kepada yang berminat untuk terjah blog AkU dAn SeSuAtU, sila klik sini.