TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, February 6, 2010

BUNYI APAKAH DI RUMAHKU?

Malam tadi cadangnya nak tidur lewat kerana niat dihati nak blogwalking sebanyak mungkin. Namun apakan daya, tak tertahan jua... anak2pun dan tdo seawal jam 8 malam. Ngantuk punya pasal, letak je kepala d bantal, trus lena. Selalunya, payah nak tdo.. pusing sana pusing sini sampai pening baru boleh tdo.

Adalah dalam 15 minit selepas melelapkan mata, saya terkejut kerana terdengar bunyi... TUP! TUP! TUP! Alamak! Bunyi apa pulak tu.. udah le masa blogwalking tadi terbaca entri tentang PESANAN PDRM. Saya cuba untuk mendengar dengan teliti bunyi tersebut. GEDEGANG! GEDEGANG! GEDEGANG! Bunyi berulang. Jantung mula berdegup kencang. Fikiran mula membayangkan yang bukan2. Risau sebab hanya bertiga je d rumah.

Saya mensms jiran depan rumah. Bertanya sudah tdo ke belum.. minta tlong memerhatikan sekeliling rumah saya. Alhamdulillah.. dia x tdo lagi. Jiran membalas sms dengan mengatakan tiada apa2pun di sekeliling rumah. Bunyi masih kedengaran... sekejap ada, sekejap tiada. Hati masih lagi bimbang. Saya mempraktikkan apa yang saya baca dalam entri PESANAN PDRM. Saya membunyikan hand phone. Saya berpura2 bersembang seolah2 ada orang menelefon saya. Masa itu tiada lagi kedengaran bunyi tadi.

Tak lama kemudian bunyi pun berulang. Hati terfikir mungkin dari jiran sebelah. Maklumlah sebelah ni anak bujang. Tapi, takkanlah bunyinya begitu hampir, jelas sekali... sekali sekali terdengar seperti bunyi air di dalam lubang juga. Saya bertekad memberanikan diri. Saya bangun dari pembaringan. Saya intai di bilik atas. Nampaknya, bunyi tadi bukan dari atas. 

Saya mendengar lagi dan pergi ke arah bunyi. Nampaknya bunyi tersebut dari dapur. Semakin lama semakin jelas bunyi itu apabila saya menghampiri dapur. Saya menyalakan lampu dapur dan menemui jawapan bagi bunyi tersebut... "TAK GUNA BETUL!" Kata saya. Rupa2nya...

V
V
V
V
V


benda seperti ini yang berada di dapur saya yang mengeluarkan bunyi tu. Terlupa pula yang saya dah set automatik bila saya merendam kain di dalamnya. Macamanalah saya tak teringat. Apa2pun syukur ALHAMDULILLAH .

gambar2 ehsan google