gambar google.. tiada kaitan dengan hidup dan mati
Sila ambil perhatian. Ini kisah SERAMMM! Tertarik pada topik di bahagian forum di GB, saya teringatlah satu kisah. Sebenarnya hingga kini saya masih musykil pengalaman ini sebenarnya mimpi atau benar2 di alami sebab saya ada satu masalah dimana suka terbawa2 hal yang di fikir ke dalam mimpi. Hingga kadang-kadang tak dapat membezakan mimpi dan realiti. Huhuhu...
Kejadian ini bermula selepas saya habis pantang anak kedua saya. Ada makhluk hitam yang muncul dan ingin bersama. Tiap2 malam (errr.. pagi kot sebab kejadian berlaku dalam pukul 3) makhluk tu datang dan cuba melakukan perkara tersebut. Mula2 tu kecut perut juga. Syukur alhamdulillah dia tak dapat mengapa-apakan diri kerana saya tidur mengiring. Perkara pelik itu berhenti setelah saya menceritakan kejadian tersebut pada suami.
Setelah hampir beberapa tahun tidak berlaku.. kejadian tersebut berulang lagi di rumah yang baru (kes pertama di rumah sewa). Makhluk tersebut datang semula.. dan cuba buat hal lagi. Bila hampir setiap malam ia datang, perkara tersebut telah menjadi kebiasaan pada saya. Bila telinga merasakan satu bunyi seperti di tempat asing.. benda tu nak datanglah tu. Kadang2.. bila ia memeluk dari arah belakang, saya cuba untuk menoleh.. tapi tak terdaya. Sungguh kuat kederatnya.
Merasakan hal ini tidak boleh di biarkan.. saya pun mengambil langkah bercerita pada suami. Apa yang saya perasan, setiap kali saya bercerita pada suami.. makhluk tersebut tidak akan menganggu. Saya juga mengambil langkah untuk bertanya pada orang-orang yang arif. Jawapan yang saya terima.. Belaan dari saudara mara! Dari sebelah suami... Wallahualam.
Saya tak tahu samaada untuk mempercayai atau tidak. Yang pastinya, bila hal ini dibincang bersama keluarga sebelah suami.. kejadian tidak berlaku dan berulang hingga kini. Alhamdulillah... dan saya amat berharap untuk tidak menempuhinya pada masa akan datang walaupun sekadar mimipi..