TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, February 19, 2010

KESENGALAN MELANDA

Keletihan melanda memang tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Kengantukan pula ibarat "diletak batang mancis" pasti patah jua. Terpandang bantal empuk memanggil2 sayang. Sebaik sahaja diri melabuhkan kepala... LENA.

Tersentak dari tidur yang lena apabila panggilan cikgu disebut. "Cikgu2!". Merenung ke luar tingkap. Cuaca masih gelap. Ohhh.. dah pagi rupanya. Lama sungguh tidur sehingga x sedar pagi bakal menjelma. Ehhh.. mana pula 2 hero ni..??? Takkan dah mandi?

Masih lagi kedengaran suara orang memanggil cikgu2 diluar. Siapa pula yang datang pepagi ni??? Apasal riuh rendah je di luar tu??? Ade sesuatu yang berlaku ke? Dengan mamainya diri membuka pintu. Melihat siapa gerangan yang empunya suara. Ohhh.. pengasuh anakku rupanya... Kenapa datang pagi2 begini? Sungguh musykil sekali...

"Cikgu2.. kenapa tak ambil bebudak ni? Dah malam dah ni.. lama bebudak ni nunggu cikgu" tegur pengasuh anakku. "Hah.. dah malam???" ujarku. Laaa.. rupa2nya bukannya pagi... masih di malam hari. Tertidur sampai terlupa ambil anak di nursery. APA NAK JADI? Tu lah cikgu... tido lagi di siang hari. Alahaiii.. buat muka tak malu jer... JANGAN IKUT CONTOH INI!

Soksek2: Sejak tu tak ambil anak pukul 5 dah.. balik sekolah je trus ambil.. huhuhu
gambar carian google