TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, February 16, 2010

ERMMM NIKMATNYA

Lama rasanya tak buat facial. Asyik bela badan sampai lupa penjagaan wajah. Bukan tak jaga di rumah.. tetapi penjagaan di rumah hanya melibatkan penjagaan luaran tak seperti perkhidmatan yang di tawarkan di Spa. Lagi pun rasa seronok sikit. Maklumlah, ade yang membelai2 wajah kita ni.. nikmat sungguh rasanya.

Bercakap tentang Spa ni.. terdapat beberapa pandangan mengenainya. Ade yang kata.. buat apa pergi Spa? Buat menghabiskan beras duit je! Yelah.. setiap orang lain pandangannya kan. Kalau bagi saya, apa salahnya ke Spa untuk merehat2kan badan sambil cantik2kan apa yang patut. Penat2 bekerja.. rasanya duit kerja tu perlu diperuntukkan untuk diri sendiri juga. Bukan sampai beratus2 pun.. ala kadarlah.. ikut kemampuan kita.

Majoriti golongan yang rajin ke Spa ni terdiri daripada golongan umur 30 ke atas. Yelah, yang muda2 tu kan masih gebu kulitnya. Lainlah yang 30 ke atas ni... mula le dah muncul garis2 tua tu. Tapikan, kalau yang muda2 tak jaga dari awal, jangan jeolous tengok yang 30 ke atas tu masih licin, gebu dan tegang kulitnya. Tu lah hasilnya. Kalau kita perhatikan.. orang yang 30an selalunya golongan yang manis bergaya kalah anak dara.

Untuk para suami, suruh2lah isteri tu buat rawatan di Spa. Buat apa menghabiskan duit mencari pompuan cantik diluar. Baik cantikkan isteri tu.. dapat gak pahala. Alah, pompuan cantik yang kat luar tu lama2 kendur juga. Kalau isteri selalu gi Spa, tak mustahil lebih cantik dari pompuan2 yang di luar tu. Selain tu.. ada kebaikan yang lain. Bila isteri balik, suruh le isteri mengaplikasikan apa yang di rasa di Spa pada suami pula. Bolehlah dijadikan salah satu cara meningkatkan kemesraan suami isteri.

Ohhh.. lagi satu yang perlu diketahui.. Spa berbeza dengan salon kecantikan ye. Salon kecantikan tidak menyediakan perkhidmatan terapi. Jadi, janganlah musykil jika terdapat perbezaan di tempat itu dan ini. Lihatlah.. samaada ia Spa atau Salon kecantikan.