TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, February 24, 2010

CIKGU CAMPAK BUKU MURID, KATA KURANG AJAR

Huhuhu.. x pernah lagi buat camtu.. buku tu mengandungi ilmu.. dan ilmu mesti dihormati. Harap2nya, mengamuk macam mana sekali pun, janganlah buku menjadi mangsa. Masih dengan mood kesal lagi. Walaupun dah membebel kat murid2 dalam kelas tadi.. tapi, biasalah.. cikgu.. silap2 terbawa dalam mimpi.

Memang geram sangat kat sekolah tadi. Budak kelas projek tulah punya pasal. Kerja rumah yang diberi untuk dibuat semasa cuti TAHUN BARU CINA.. tak disiapkannya! Hampir separuh kelas. Punyalah panjang masa tu.. Bukannya banyak pun, 4 soalan je. Itu pun tak SIAP!!! Kalau cikgu tak beri kerja sekolah masa cuti, ibubapa salahkan cikgu2. Bila dah diberi.. adakah anak mereka ini dipantau oleh mereka???

Itu belum masuk cikgu MC lepas cuti TAHUN BARU CINA tu. Masa cikgu tak datang.. kenapa tak siapkan? Di manalah sikap tanggungjawab mereka? Ok.. saya bagi peluang lagi. Semalam 20 minit diberi untuk siapkan latihan. Buat perbincangan. Semak jawapan. Kalau salah buat pembetulan. Siap.. hantar buku pada cikgu. Alih2 pagi ni.. bila saya semak buku murid.. KECEWA rasanya. Mereka boleh hantar macam tu je. Tanpa siapkan! Tanpa semak jawapan! Tanpa buat pembetulan! Kalau buat pembetulan pun salah..

Takpe2.. saya memang tak pernah sound murid2 kelas ni lagi. Hari ni cikgu meletup! Hah.. dengarlah cikgu membebel. Saya beri peluang akhir. Selepas ni.. siapa buat perangai terus catat dalam buku disiplin.. bawa jumpa Guru Besar. Untuk murid2 kelas projek.. memang takde ampun. Mereka kan murid terpilih.. sikap,pun mesti terpilih lah juga.

Selalunya.. klo susah nak dengar cakap, saya telefon je ibubapa murid2 ni. Budak2 sekarang akalnya lain. Tah ape le di kelentong ibubapa di rumah tu. Kat rumah cakap cikgu tak bagi kerjalah, tak sempat salinlah, cikgu tak semak bukulah... sedangkan murid tersebut yang sememangnya bersikap negatif. Jadi.. sebelum ibubapa komplen salahkan cikgu.. biar saya telefon cerita perangai anak mereka yang sebenarnya.

 gambar google

Saya memang buat list nama murid yang hantar buku atau tidak. Memang takleh lepas punya. Ada bukti. Zaman sekarang ibubapa semua nak bukti. Takdenya mereka percaya bulat2 jer jika anak mereka tak betul. Bila tunjuk bukti.. terdiam. Kenapa kawan lain boleh hantar tapi anak dia tidak. Kalau sekali sekali.. ada juga excusenya.. kalau dah dari awal tahun sampai akhir tahun dan tiap2 tahun macam tu... CAMNE?

Inilah perangai murid sekarang. Yang pandai.. lain cara akalnya. Yang lemah.. lagilah perlu perhatian yang lebih. Saya selalu beritahu pada murid.. tak pandai tak pe, cikgu boleh ajar.. tapi kalau sikap negatif tidak diubah.. GANTUNG KAT KIPAS pun cikgu tak dapat tolong (ayat kejam ker?) huhuhu...