TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Wednesday, January 13, 2010

PORT DI BELAKANG RUMAHKU

Huhuhu... memang menjengkelkan bila belakang rumah saya menjadi port pelajar2 sekolah menengah yang berhampiran melepak selepas habis waktu persekolahan. Klo sekadar menumpang teduh apalah sangat tetapi ia dijadikan tempat untuk pelajar2 ini merokok sambil
bersembang2 tentang hal2 remaja zaman sekarang. Bab mencarut janganlah cakap.. macam2 perkataan #$%^&* yang dapat didengar. Adusss!!! Yang saya khuatirkan ialah anak2 saya... mendapat ilmu percuma secara tidak langsung. Risaunya hati seorang ibu...


Nak ditegur kang x pasal2 tingkap rumah saya pecah lak. Tau2 le anak2 remaja zaman sekarang. X ditegur kang melampau2. Pernah sekali saya membuat aduan pada pihak sekolah. Jawapannya... murid berada di luar kawasan mereka dan mereka pun x dapat buat apa2. Pihak sekolah mencadangkan membuat laporan polis. Laporan telah dibuat.. tapi apalah sangat. Polis hanya dapat menjalankan rondaan sekali sekala saja, maka hal ini berterusan tanpa penyelesaian...


Sukarnya membaca pemikiran anak remaja sekarang. Apa yang di cari dalam hidup sebenarnya. Tidakkah mereka di ajar beradab. Kenapa x buat hal di rumah sendiri? Klo ibubapa sendiri mengamuk jika rumah mereka dijadikan port apa lagi orang lain. Adakah salah ibu bapa yang tidak mendidik dan tidak ambil berat... ataupun anak2 sekarang yang tak termakan dek didik.

14 comments:

  1. remaja sekarang lebih mudah memberontak dan terpengaruh dengan anasir luar

    Ada Apa Dengan Cik Epal

    ReplyDelete
  2. Salam kenal. Nak salahkan siapa pun tak guna sebab semua ada peranan : keluarga, sekolah, masyarakat, pemimpin, media dll. Kita hanya boleh menjaga anak-anak kita dan menasihatkan anak-anak murid kita supaya tak ikut terjebak dengan salah laku tersebut.

    ReplyDelete
  3. masing masing kena main peranan :)

    ReplyDelete
  4. ibu bapa dah tak larat dah nak disiplin anak2 dia...itulah pendapat Paksuu ;-)

    ReplyDelete
  5. tapikan paksu.. bagi saya letih mmglah letih, tp dah mmg jadi tanggungjawab, jgn terlalu percaya pada anak, sesekali buat spotcheck, anak wat ape lepas abis sekolah... terpaksalah berkorban, bukan untuk kebaikan sesiapa... anak2 sendiri juga kan...

    ReplyDelete
  6. kalo slh kan dorang, msti dorang akan blame org laen..budak2 macam tu biasenye memang x makan saman..

    ReplyDelete
  7. Bese bebudak nie semua nak enjoy jewr, segalanya sebab enjoy, enjoy dan enjoy. :d:

    ReplyDelete
  8. Selalunya budak-budak sekolah yang over lebih , konon-kononnya nak tunjuk macho hisap rokok nak tunjuk pandai omputih mencarut ..... bila dah tamat sekolah baru menyesal .

    ReplyDelete
  9. hmm.. nk komen jugak..
    kita xdpt nak salahkan orang lain sebenarnya..
    remaja tu sendiri yang tak ada wawasan hidup..
    tau nak enjoy je..

    harap diorang berubah la dengan segera.. amiin..

    peranan org d sekeliling hanya memberi nasihat. nak merubah diorang tu balik kepada diri mereka sendiri..

    *sian lak kat cikgu kena tahan benda camni..

    ReplyDelete
  10. tegur je...tak pun ajak masuk...minum2 ke..hak3

    baik report je, bahaya gak tu

    ReplyDelete
  11. bunuh aje dak2 tuh. hahahah XD *just kidding* :P

    ReplyDelete
  12. kejam tu.. hehehe.. berdoa agar bebudak tu berubah dan menjadi insan yg berguna...

    ReplyDelete
  13. zaman sekarang, parent terutamanya ibu, kena jadi 'bz bodi'....perhatikan tiap langkah anak2...jgn cayer 100%, sb bg remaja, kawan2 lebih penting...jd la bz bodi...untuk kebaikan...

    ReplyDelete
  14. nama memang memainkan peranan yang penting ...sebab nama tu yang akan dipanggil diakhirat nanti...

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx