TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, January 12, 2010

PERATURAN DI SANA SINI


Tahun ni pihak sekolah  membuat peraturan baru. Peraturan yang melarang murid berjalan/ berlari sesuka hatinya di kawasan sekolah. Murid2 dikehendaki berjalan mengikut lorong yang ditetapkan untuk ke tempat2 khusus  trutamanya ke kantin, malah ada lorong khusus juga untuk murid2
menuju ke pagar sekolah pada waktu balik. Menyusahkan? Xlah... sebenarnya banyak kebaikan diperolehi.


Kenapa peraturan ini wujud? Sebenarnya berpunca dari sikap murid2 sendiri. Seperti yang sedia maklum pihak sekolah sentiasa mengingatkan murid2 untuk tidak berlari ketika berada di kawasan sekolah. Namun lumrah insan yang bernama kanak2, berlari menjadi kesukaannya. Bermain, berkejar - kejaran... sehingga mewujudkan xcident yg tidak diingini. Apabila ini berlaku pihak sekolah dipersalahkan. Ibu bapa datang mengamuk. Anak2 menuduh orang itu ini yang menolaknya sedangkan hakikat yang sebenar... anak itu yang berlari/ bermain dengan tidak mengendahkan peraturan sekolah.


Maka langkah mewujudkan peraturan seperti ini pun dibuat. Murid2 yang tidak mengikut lorong yang sepatutnya akan diambil tindakan. Peraturan ini juga sebagai salah satu langkah dalam menjamin keselamatan murid2 ketika berada di kawasan sekolah. Begitulah caranya dalam mengajar manusia untuk hidup dengan lebih berdisiplin.

8 comments:

  1. huhu..tapi rasenyer murid2 tuh akan patuh ke tak? atau denda akan dikenakan?

    ReplyDelete
  2. setakat ni peraturan itu berjalan lancar, ketegasan dari pihak sekolah juga perlu dalam memastikan peraturan trus diikuti. Insyaallah... pihak sekolah mampu membentuk murid2 ini walaupun tidak mungkin 100%

    ReplyDelete
  3. ;-) dni yang jemput adik darjah 2 d skul dia pun dah ikot peraturan tu sejak thn lepas. Hik3. Mana taknya..bila dni heret dia je... 'kak sini xleh lalu...kak, kena lalu sana..kak, cikgu marah..' untuk taknak buat dia malu dan takot, dni pon lalu lorong budak2 :p

    ReplyDelete
  4. Itu yang sebaiknya, bukan utk sesiapa pun, utk kebaikan murid tu sendiri.. :e:

    ReplyDelete
  5. KECEMRLANGAN bermula dengan disiplin diri...memupuk disiplin diri dengan mematuhi perauran2 sekolah...

    ReplyDelete
  6. salam....
    ingat nak buat pertandingan paling pantas berlari kekantin la...buat adiah gempaq sikit...

    ReplyDelete
  7. cube wat lorong berlari...tp sekali berlari die sorg je leh masuk lorong tu utk lepas gian berlari la

    ReplyDelete
  8. nak berlari xyah wat lorong, kan ade padang, waktu pj leh lari taupun masuk wakil umh utk acara lumba lari, ada gak faedahnyer.. hehehe

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx