TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Friday, January 15, 2010

MENTEGA KACANG - Susahnya cari yang ada tanda halal


Mengambil masa untuk bershopping di sebuah pasaraya yang berhampiran. Niat d hati nak bli mentega kacang. Untuk bekalan Along makan bersama roti. Bekalannya untuk ke sekolah agama. Produk2 mentega kacang di pasaran pun di belek. Alamak... tiada satu pun yang ada tanda
halal JAKIM! Yang ada hanyalah tanda halal luar negara. Dapatkah dipercayai? Membatalkan hasrat kerana keraguan di dalam diri. Arghhh.. kenapa tiada yang mempunyai tanda halal JAKIM? 

Ada juga mentega kacang yang sangat popular dan di gemari rakyat Malaysia. Iklannya hebat juga di sana sini. Rupanya tiada tanda halal yang tertera. Bagaimana ia boleh menjadi pilihan rakyat Malaysia yang rata2nya beragama Islam? Wallahualam. Membelek2 lagi... ade pula mentega kacang keluaran pasaraya itu sendiri. Wah ade tanda halal JAKIMlah. Kod bar dibaca dan di sms ke JAKIM. Tiada pendaftaran? Bermakna... itu halal JAKIM yang palsu. Huhuhu... adakah mereka yang terlampau berani atau undang2 kita yang longgar?

Tidak dapatlah menunaikan selera along untuk makan mentega kacang bersama roti. Alhamdulillah... along faham... Along juga telah di ajar untuk membeli produk yang mempunyai tanda halal JAKIM. Panduan untuk along ketika berbelanja... maklumlah... anak saya along tu memang kuat makan. Sehingga kini masih menjejak mentega kacang yang mepunyai tanda halal JAKIM. Takkan xde satu pun syarikat bumiputera yang mengeluarkan produk ini?

7 comments:

  1. cikgu.. make sure simpan 1 list barang yg ada kod2 babi tu. sy selalu simpan 1 dlm wallet. sy study kt australia, so kt sana nk cari brg2 halal susah. kena bpandukan kod2 tu la.. so, better cikgu cari kt internet, kod2 tu. simpan dlm purse cikgu. senang..

    ReplyDelete
  2. Tak makan pun mentega kacang , hurmmm nanti saya cari .

    ReplyDelete
  3. slalu makan wafer letak butter + mentega kacang kat KL Sentral tuh tetiap pagi. tak tau lah jenama hape yang dia guna eh... belasah aje. adoyai.. kena jejaga gak pasnih kot... (or tukar flavor lah pasnih) :P

    ReplyDelete
  4. salam

    oh yeker xde yg ada tanda halal?? dulu penah beli brand apa ntah basib baik ada..keluaran malaysia pnya.

    tp biasanya klu keluaran negara luar klu ada tanda halal pun saya x beli..huhu..sbb skrg nie kangdungan2 bahan guna kod2 je, dia x ckp dia letak vavi ke hapa yg haram semua tu..mcm yang ohmalaysia.com ckp tu..kena simpan list kod vavik tu..hiks..saya pun kena cari kod2 tu.

    ReplyDelete
  5. dah dapat dah code tu, senang jer cari, taip jer kod b***, jumpa ler, tapi banyak gak pandangan ttg hal tersebut.. leh wat confius, xpe2.. ikut dri sendiri nak pegang mana

    ReplyDelete
  6. bagi paksuu kalau was was tinggalkan je...perpun terpulang pada masing2

    ReplyDelete
  7. Sekarang dah ada mentega kacang jenama sunbear. Ada halal jakim. Satu lagi jenama jammy. Ada halal jakim. Saya selalu beli.Apa2 pun nak kena rujuk dengan jakim. Saya sendiri tak pernah tanya jakim buat masa ni

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx