TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, January 24, 2010

HARGA ROKOK - Luahan Hati Orang Rumah


Mendalami hati orang rumah dalam isu rokok ini. Orang rumah tentunya membawa maksud kepada para isteri. Orang rumah memang menghargai apa yang Kerajaan lakukan untuk menjayakan visi TAKNAK MEROKOK. Namun orang rumah di luar ini ingin menceritakan masalah yang dihadapi akibat KENAIKAN HARGA ROKOK.


Tujuan kenaikan harga rokok memang baik, tapi adakah ia memberikan kesan yang positif terhadap KEMPEN TAKNAK MEROKOK. Luahan hati orang rumah di mana suaminya adalah PEROKOK TEGAR. Kebanyakkan suami tidak akan mengurangkan budget mereka dalam membeli rokok akibat kenaikan harga rokok. Si suami tetap membeli dan menghisap rokok. Harga rokok bukan masalah kepada mereka.


Masalahnya wujud pada orang rumah. Ini kerana para suami tadi akan mengurangkan perbelanjaan isi rumah untuk memenuhi kehendak mereka untuk MEROKOK. WANG NAFKAH dikurangkan, PERBELANJAAN DAPUR dipotong, PENDIDIKAN anak2 diletakkan dibelakang. Itu belum mengambil kira wang para isteri yang menjadi mangsa memenuhi kehendak PEROKOK TEGAR ini. Wujudkah perkara sebegini? Hanya orang rumah yang mengetahui. Bagaimana orang rumah dapat menasihati si suami yang merupakan PEROKOK TEGAR tadi. Silap2 dapat PENAMPAR di pipi.

Hentikanlah menaikkan HARGA ROKOK. Yang menjadi bebanan bukanlah perokok tapi orang2 yang di sisi mereka. Jika Kerajaan benar2 ingin menjayakan KEMPEN ini, jalannya hanya satu... JANGAN JUAL ROKOK!

4 comments:

  1. betul tu cikgu!saye setuju.cube bayangkan kalau harga rokok sekotak rm50?

    kalau yg boleh berhenti tu baguslah.kalau yg tak boleh?

    saye rase makin banyak kes2 ragut,rompak,curi dan sebagainye hanya kerna sekotak rokok.

    ReplyDelete
  2. yeah..setuju..
    tapi ianya mustahil sis..
    rokok salah satu sumber pendapatan negara lagi2 cukainya tinggi..

    ReplyDelete
  3. Adakah akan berlaku suatu hari nani okok tidak dijual ?

    ReplyDelete
  4. setuju sangat2.. kerajaan jangan jual rokok.. perokok tegar tu hisap je rokok daun.. he3..

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx