TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, January 26, 2010

LAGAK DI KAWASAN PERUMAHAN


Di kawasan perumahan saya, selalu saya perhatikan banyak kenderaan yang dibawa laju berdesup...dalam hati "buatnya ada budak tiba2 berlari keluar dr rumah...tak ker jadi nahas? Salah bebudak ke, salah ibubapa ke yang mebiarkan anak2 itu bermain atau salah org dewasa yg memandu laju di kwsn perumahan?Salahkah ibu bapa membiarkan anak2
bermain di jalanraya rumahnya?


Memang jalanraya bukan tempat untuk bermain, tapi bagi anak2 di kawasan perumahan disitulah tempat mereka berkumpul sesama rakan2 dan bergembira. Apatah lagi perumahan yang tidak mempunyai taman permainan atau taman permainan terletak jauh dari kawasan perumahannya. Sebagai ibu bapa, rasanya tentu lebih merelakan anak2 bermain di jalanraya di hadapan rumahnyaberbanding di taman permainan yang terletak jauh dari kawasan perumahan. Lagi pun, bukan setiap hari ibubapa boleh membawa anak2 ke Taman Permainan


Kanak2 perlu diberi peluang utk bermain bersama rakan2 sebaya terutama sekali dgn jiran tetangga krn ini akan mempengaruhi perkembangan sosio-emosi mrk.Melalui bermain dan berkawan, mengajar mrk utk bekerjasama, bertolak ansur dan saling menghormati. .Sebagai pemandu , kita perlulah lebih maklum untuk berhati2 apabila memandu kawasan perumahanan. Takkan tak tahu undang2? Had laju di kawasan perumahan berapa? Yang di pecut mengalahkan berada di LITAR LUMBA. Kalau tiada kanak2 bermain sekalipun, fikirkanlah tiba2 ada kanak2 melintas, mungkin dengan tujuan ke rumah jirannya. Yang diperhatikan, tiada tujuan pun memecut laju.. mungkin sekadar BERLAGAK SAHAJA.


Ada yang siap memberikan HON sekuat hati apabila ternampak kanak2 bermain...kanak2, akalnya belum penuh. Sbg org dewasa, kita perlu la beri teguran dgn baik. Ikhlaskan hati utk menegur mrk seperti menegur anak sendiri..tak salahnya sambil kita memperlahankan kenderaan, kita tegur 'adik, bila nampak ada kereta, berdiri kat tepi tau...bahaya nnt terlanggar'. Kita juga sbg org dewasa dgn akal yg penuh, dah tahu jln kat kwsn perumahan, slow down sikit...jgn la berdesup...


Ibubapa pun perlu la monitor anak2 walaupun mereka bermain di hadapan rumah, jangan biarkan tanpa pengawasan.Selalulah tanam dalam diri.. "MALANG TAK BERBAU"

5 comments:

  1. mohon lah suruh majlis bandaran tempatan leta bonggol kat kat depan umah..ishh risau nanti takut2 terjadi apa2.

    ReplyDelete
  2. harap pemandu2 yang berkaitan - memandu dengan berhati2 yer....ingatla...andainya yang bermain anak / adik anda----tiba2 malang tak berbau....macamana? sendiri mau ingat yer...

    ReplyDelete
  3. pemandu yg perlu alert perkara ni. kalu dlm kawasan perumahan, tak perlu memandu terlalu laju...

    ReplyDelete
  4. tak terfikir pulak nak bg nasihat kat adik2 yg ada main kat jalan tu..selalu tunggu dah reda n jalan je terus..boleh dipraktikkan.. :)

    ReplyDelete

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx