Pagi tadi seperti biasa saya memandu utk ke tempat kerja. Saya merasakan sesuatu yang pelik! Perasaan lain macam menyelebungi diri. Apa yang tak kena ya hari ini? Cuaca hari ini lain macam sangat. Memang pagi tadi ujan. Ujan renyai2.. tapi selalunya ujan seperti ini
tidaklah menganggu lalu lintas. Tapi hari ni lalulintas lebih sibuk dari biasa. Pemandu2 pula se akan2 hilang arah. Masing2 mementingkan diri sendiri. Berhenti sesuka hati. Nak kata terlewat, saya keluar seperti biasa je...
tidaklah menganggu lalu lintas. Tapi hari ni lalulintas lebih sibuk dari biasa. Pemandu2 pula se akan2 hilang arah. Masing2 mementingkan diri sendiri. Berhenti sesuka hati. Nak kata terlewat, saya keluar seperti biasa je...
Di sekolah pun saya lihat mood setiap orang lain sangat... orang atasan, rakan2 sejawat dan anak didik. Mereka seperti dihimpit perasaan yang bercelaru. Nampak serba tak kena. Adakah cuaca mempengaruhi emosi manusia? Waktu balik dari kerja hujan masih turun.. tapi matahari terik sangat. Hujan panas kata orang. Kalau orang dulu2... hujan panas selalunya memberikan alamat tidak baik kepada kita. BENARKAH??? Mungkin benar juga... kerana orang dulu2 selalu belajar dari pemerhatian dan pengalaman. Agaknya apakah alamat tak baik itu? Semoga kita sentiasa dilindungi olehNYA.
Pukul 3 tadi saya menghantar anak ke sekolah agama. Masih lagi memerhati keadaan alam. Hujan sudah berhenti. Selalunya.. selepas hujan keadaan alam akan kelihatan bersih.. tetapi tidak hari ini. Melihat ke bukit bukau yang hanya samar2 pemandangannya. Ya! Macam jerebu. Adakah Malaysia sekarang tengah jerebu? Lama juga saya tak mengambil tahu keadaan iklim Malaysia. Saya tetap mengandaikan sesuatu telah berlaku pada alam pada hari ini. Sesuatu yang menyakitkan.. sesuatu yang tenat. Namun jawapan masih tidak diperolehi...
kebanyakkan org sibuk dgn urusan dunia melebihi urusan akhirat
ReplyDeletea'ah..betul la cikgu isza..mak sha pun cakap ari ni cuaca ade yg xkena..byk2 kali plk tu mak dok ulang cakap..ape yg x kena ye???mintak2 kita sentiasa dilindungi Allah swt dr sebarang keburukan..
ReplyDeleteDalam kitab Shahih al-Bukhari, 'Aisyah ra. menuturkan doa Rasulullah saat melihat turun hujan. Rasulullah Saw. berdoa:
ReplyDeleteاَللََّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Allahumma Shayyiban Naafi'an
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu hujan yang memberikan manfaat).
thx zack
ReplyDeletemelaka juga hujan lebat!
ReplyDeletecikgu kadang2 persekitaran memainkan peranan dalam diri insan...
ReplyDeletesalam buat cikgu..
ReplyDeletepagi tadi pun jam dah kul 7.15 pagi....drive kena pasang lampu...rasa cam gelap jer...
moga ada hikmahnya...
kebetulan, kte ade 2 gerhana kurang dlm perbezaan setahun (normally kejadian ni jarang berlaku)
ReplyDelete1 hb 2010 315 pagi gerhana bulan
pastu 15 haribulan aritu pun gerhana matahari