TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, December 28, 2009

PANTAU MASA BELAJAR ANAK2

     Saya bukanlah pakar bab ni, apa yang nak ditulis hanyalah pengalaman saya sebagai seorang guru dan ibu. Apa yang saya perhatikan dari pengalaman saya sebagai seorang cikgu, ibu bapa sekarang jarang memantau masa belajar anak2 mereka. Kebanyakkannya mengharap kepada anak 100%. Soalan lazim yang ditanya kepada anak2 ialah "Ada kerja sekolah x?", "Kerja sekolah dah siap?" Bila
anak2 memberi jawapan "tidak" atau"ya"bagi soalan yang diberi, trus dipercayai 100% tanpa melihat adakah kerja sekolah itu benar2 tiada ataupun telah disiapkan. Bagi saya, apa yang ibubapa perlu tahu ialah anak2 sekarang bukanlah seperti zaman ibubapa mereka dlu. Klo dahulu ada pepatah mengatakan bahawa "Kanak2 adalah orang yang jujur" tetapi pada masa sekarang kata2 anak2 perlu diselidiki.
     Bukan susahpun untuk kita sebagai ibubapa memperuntukkan masa untuk anak2, seharusnya dalam jadual harian kita, kita perlu memperuntukkan sedikit masa untuk memantau masa belajar anak2 kita. Saya sendiri sebagai seorang ibu memperuntukkan sekurang2nya 45minit hingga 1jam bersama anak2 saya mengulangkaji atau menyiapkan kerja sekolah yang diberi. Jika anak2 saya tiada kerja sekolah, saya akan meminta mereka membuat ulangkaji satu mukasurat untuk setiap satu matapelajaran. Slalu saya akan bersama2 mereka memantau setiap kerja yang mereka lakukan. Jikalau x berkesempatan, saya akan menjenguk mereka sambil menyiapkan tugas2 saya yang lain. Kita juga harus slalu memeriksa beg sekolah mereka untuk melihat kerja sekolah apa yang diberi oleh guru. Jika ini di jadikan amalan, lama2 anak sendiri menjadikan ia sebagai rutin hariannya tanpa menunggu arahan daripada ibubapa sendiri.
     Apa yang penting dalam memantau masa belajar anak2 kita ialah disiplin. Sebagai ibubapa kita perlu patuh pada masa yang kita tetapkan untuk anak2 belajar. Saya pula menetapkan pukul 8 malam hingga 9 malam dalam memantau anak2 saya. Alhamdulillah, sekarang ni jika saya terlepas pandang, anak2 pula yang akan mengingatkan saya. Sebagai tambahan, ibubapa juga perlu menyediakan tempat yang selesa untuk anak2 belajar. Selesa dalam erti kata kemas dan bersih. Kadang2, apabila saya buat pemeriksaan terhadap beg sekolah anak2 murid saya, YA ALLAH.. macam sarang tikus, bagaimana pula dia di rumah? tentu keadaan tempat belajarnya tidak selesa. 
     Saya sendiri pernah pergi ke rumah anak2 murid saya, x perlulah saya ceritakan apa yang dilihat. Cuma yang saya boleh nyatakan kebanyakkan anak2 murid saya  tidak diberikan tempat yang selesa untuk belajar dan kebanyakkan ibubapa memberikan alasan sibuk dengan kerja untuk tidak memantau masa belajar anak2 mereka. Kebanyakkan anak2 murid mengharapkan 100% di sekolah untuk belajar dan tiada kesinambungannya di rumah sendiri. Sebagai guru dan juga ibu... apa yang dapat saya nyatakan ialah jika kita memang benar2 sayangkan anak kita, PANTAULAH MASA BELAJAR MEREKA.




Inilah tempat belajar anak2 saya, xdepun secantik mana, yang penting bersih dan selesa.

1 comment:

Tuliskan apa yang terfikir,
ianya amat dihargai.. thx