TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Monday, December 12, 2011

Copy paste - Baru faham mengapa

Dulu-dulu saya tak faham kenapa blogger marah bila entri mereka di copy paste tanpa diletakkan sumber asal. Bila kes copy paste entri di blog ni semakin berleluasa. Baru terasa kesannya...

Yang utamanya tentulah kedudukan ranking carian di google. Kalau dulu.. blog ni menduduki tempat pertama hasil carian tapi akibat aktiviti copy paste yang tidak bertanggungjawab... ranking blog ini di google terus jatuh. Sedihlah kan.. penat-penat buat entri yang berkenaan tapi begini pula jadinya..


Yang kedua jadilah lah kes 'lembu punya susu.. sapi dapat nama'. Yang tahu etika berblog meletakkan sumber entri daripada hasil carian yang diperolehi tapi rupa-rupanya bukan daripada blog asal. 

Yang ketiga bila entri yang dicopy mendapat pujian daripada pengunjung blog. Bukan cemburu tapi itulah kesan yang diterima kesan daripada nombor 1 dan 2. 

Yang keempat pula.. kita pula dituduh copy paste entri orang lain sedangkan kitalah sumber asal entri tersebut. Memang kes haru sungguh.

Saya memang tak disable right klik blog ini kerana saya mengizinkan sebarang perkongsian dengan syarat nyatakan sumber namun nampaknya saya harus melakukan sesuatu.

Yang paling dikesalkan bila kita tegur, kita pula dimarahi kembali dengan alasan tak sporting bagai. Kita yang patut sentap tapi yang meniru pula sentap. Kalau ikutkan nafsu amarah, nak je sound kat kotak komen tetapi bila memikirkan maruah orang lain.. pendam ajelah. Bila dah geram sangat... nak taknak kena sound juga.

90% entri blog ini ditiru dan hanya 1% yang meletakkan sumber.

Dunia.. dunia..