Saya belum pernah mengulas mengenai penubuhan dan pembukaan Sekolah Harapan. Walaupun pelbagai pandangan yang diberi... baik pro atau kontra saya lebih suka mencari dimana kebaikan penubuhan sekolah ini. Bagi saya... bila kita melakukan sesuatu untuk menangani sesuatu masalah... lihatlah dulu hasilnya. Beri tempoh dalam sekian-sekian masa. Yang mana lebih... kebaikankah atau keburukan? Walaupun begitu... dalam masa yang sama... kita juga turut perlu bersiap sedia.. jika ianya lebih mendatangkan perkara negatif. Namun ... saya yakin... dalam hal ini... yang terlibat seboleh-bolehnya akan mengurangkan kesan negatif yang bakal muncul jika ada.
Keluarga yang tidak menghadapi masalah seperti apa yang saya lalui tidak tahu dimana kewajaran sekolah sebegini ditubuhkan. Bagaimana anak kami dapat meneruskan pelajarannya dan berdepan dengan masyarakat dalam keadaan yang begini (mengandung)? Bagaimana harus saya menjawab pertanyaan yang diajukan selama perkara ini ditanggung. Sekurang-kurangnya... dengan ada sekolah sebegini dapat meberi sedikit harapan kepada kami.
Anak (cucu) yang bakal lain akan diserahkan kepada keluarga anak angkat apabila ia lahir kelak dan saya akan memberi sokongan kepada anak saya untuk meneruskan cita-citanya di masa hadapan.
gambar: www.omaq.org
Luahan ibu ini membuatkan saya termenung dan berfikir. Luahan ini dipetik dari sebuah akhbar tempatan. Niat dan alasannya... hanya ibu tersebut yang mengetahui apa yang sebenarnya diinginkan. Apa yang saya nampak... ianya bukanlah seperti apa yang kita harapkan. Tapi... ianya hanya satu alasan dari satu pihak. Belum lagi melihat alasan dari pihak yang lain (ibubapa yang lain). Mungkin alasan mereka pula berbeza.
Apa pandangan kamu?