TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, March 6, 2010

MULTIPLICATION - Nine and Zero Delight

Perkenalkan satu lagi pendaraban pintas yang melibatkan sifir 9. Di kenali sebagai 'Nine and Zero Delight'. 

 gambar google


Contoh:
  9 X 8 = ?
Penggunaan kaedah 'Nine and Zero Delight'

- Lihat nombor pilihan yang di darab dengan 9. Dalam kes ini nombor pilihan ialah 8.

- letakkan nombor sifar (0) di belakang nombor pilihan 8, menjadikannya 80.

- seterusnya, tolakkan 80 dengan nombor pilihan asal iaitu 8. (80 - 8)

- Jawapan yang diperolehi ialah 72. Maka 9 x 8 = 72.
Contoh lain:
9 x 9 = ?

- nombor pilihan ialah 9, maka letakkan 0 di belakang nombor 9 menjadikan 90.

- tolakkan semula nombor 90 dengan nombor asalnya iaitu 9. (90 - 9)

- Jawapan yang di perolehi ialah 81. Maka 9 x 9 = 81

Langkah mengingati kaedah 'Nine and Zero Delight' dengan mudah:

Nine and Zero Delight

Place a zero on the right

Subtract the digit

Don't forget it
SELAMAT MAJU JAYA