TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Sunday, March 7, 2010

MENGENALKAN ANAK DENGAN KONSEP KEADILAN

Merujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pengertiaan adil ialah 1 berpihak kpd yg benar dan yg hak; berpegang pd kebenaran: Secara ringkasnya, adil bermaksud menempatkan sesuatu pada tempatnya. Apabila sesuatu itu tidak di letakkan pada tempatnya yang hak maka ia dikatakan sebagai zalim.

Sebagai ibu bapa, konsep keadilan merupakan salah satu perkara yang penting yang harus kita semaikan dalam pembentukan sahsiah anak2 kita.  Sekiranya setiap ahli keluarga dapat memegang konsep keadilan sejati, insyaallah suasana kehidupan rumah tangga akan menjadi bertambah kukuh. Dalam hal ini, ibu bapalah yang harus menunjukkan tauladan kepada anak-anak dalam segala hal yang berkaitan dengan keadilan.

Selalunya, dalam mengenalkan konsep keadilan kepada anak2, pendidikan yang di beri akan berlaku secara tidak langsung. Sebagai contoh, anak2 di ajar menghormati kehadiran tetamu. Tetamu yang hadir seperti datuk dan nenek haruslah di sambut kehadiran mereka di pintu pagar lagi. Anak-anak perlu di ajar untuk bersalaman dengan tetamu. Mempersilakan tetamu masuk dan memperlawa mereka duduk serta memberi layanan yang mendatangkan keselesaan kepada tetamu. Kadangkala perkara2 sebegini dipandang remeh oleh anak2. 

Apa yang dapat di lihat pada masa kini, ramai anak2 yang mengurungkan diri di dalam bilik bila tetamu hadir ke rumah. Ada juga yang membuat bising lebih dari kebiasaan.  Ada juga anak2 kecil yang enggan bersalaman dengan tetamu yang hadir. Sebagai ibu bapa, kita harus tegas dalam perkara ini. Ramai ibu bapa yang memegang prinsip 'biarlah.. mereka masih kecil', sedangkan... yang harus diingati.. dalam membentuk tingkahlaku anak2, setiap perkara hendaklah di didik dari kecil lagi. Tingkahlaku yang negatif ini haruslah ditegur oleh ibu bapa. Perkara yang di pandang remeh ini di khuatiri menjadi asas dalam pembentukan sikap anak2 yang seterusnya.

Bagi membolehkan falsafah ini difahami, dihayati dan dipraktikkan, langkah-langkah berikut perlu diambil kira :

- Jangan mengabaikan pendidikan akhlak dan nilai-nilai murni kepada anak-anak termasuk perkara-perkara yang bersangkutan dengan konsep keadilan

- Bentangkan kerasionalan, akhlak dan pekerti mulia kepada mereka terutamanya yang berhubung dengan keadilan.

- Tentukan anda sebagai ibu dan bapa terlebih dahulu memahami, menjiwai dan memperaktikkan nilai-nilai keadilan dalam sebarang aktiviti yang dilakukan.

- Yakinkan anak-anak anda bahawa demi menegakkan keadilan, pengorbanan sangat-sangat diperlukan. Kesanggupan menghadapi kesukaran, kurang keselesaan dan pemerahan tenaga adalah di antara hal-hal yang terpaksa dilalui bagi meletakkan sesuatu itu pada tempatnya.

- Sering yakinkan anak-anak anda bahawa rasa keseronokan, rasa kelegaan dan rasa kepuasan yang sebenarnya akan muncul dan boleh dinikmati setelah mereka memberi sedikit pengorbanan.

- Tanamkan kepada benak setiap anak anda bahawa dalam menjalani proses hidup seterusnya, hal-hal yang bersangkut dengan keadilan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Hal-hal sedemikianlah yang menjadi pengikat dan penyubur kepada benih-benih kasih sayang yang hendak dipupuk. 

Dipetik dari buku "40 Kesilapan Mendidik Anak"
oleh Dr. Hassan Hj. Mohd Ali