TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Tuesday, March 15, 2011

Penggunaan Botol Susu Polycarbonate (PC) Diharamkan - Ibu-ibu.. Bapa-bapa.. sila ambil tindakan

Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai mengumumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012.

PC atau polycarbonate diperbuat daripada sejenis kompaun organic polycarbonate resins yang boleh merembeskan bahan toxic iaitu Bisphenol A atau dikenali sebagai BPA. BPA boleh meresap ke dalam air minuman dengan kewujudan haba atau agen pencuci.

Kesan BPA terhadap bayi dan kanak – kanak paling dibimbangkan kerana boleh mengakibatkan kecacatan otak dan membantut tumbesaran. Ia juga dipercayai boleh menyebabkan breast kanser dan prostat kanser.  

Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
  • Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif
dapatkan info lanjut di:


Banyak botol susu bebas BPA (free BPA) yang dijual di pasaran sekarang cuma harganya sedikit mahal berbanding botol susu PC namun apa salahnya jika berkorban wang ringgit untu kesihatan anak.