TINGKATKAN JUALAN ANDA!

Saturday, May 15, 2010

Keisha Laila - Cucu Amy Search... nasib baik nama baby itu mula huruf K

Amy Search dah jadi Datuk. Umum yang mengetahuinya. Tahniah buat Amy dari saya peminat setia. Atuk RocKkk!  tak lupa juga untuk Nabila Huda yang bertarung nyawa melahirkan penyambung generasi keluarga Amy. Amy dapat cucu perempuan. Keisha Laila nama diberi. Wahhh.. mengambil sempena Laila Namamu Teratas ke Atuk Amy? Nasib baik mula huruf K... kalau M... dah lama saya kebas jadikan nama bakal anak saya nanti.

 alalahhh.. comeyhnyer... rasa nak gigit pipi baby tu..
credit kepada blog Kepala Begetar yang memberi saya kebenaran untuk meminjam gambar ini

Nabila Huda dah jadi mama.. mama vogue gitu. Semoga Keisha Laila membesar menjadi anak yang bijak pandai dan solehah.. amin~